Dine-in: Kyochon 1991 - Tasnim Hafidz

Friday, August 18, 2017

Dine-in: Kyochon 1991

Assalamualaikum

Hi

Well aku kembali dengan another update for dine-in review. Kali ni aku nak cerita pengalaman (eh pengalaman ke?) makan kat Kyochon 1991. Emmm ada yang tak suka fried chicken ke kat sini? Kalau ada takpe, cuma rasa ruginya. Hahaha. Aku selalu tengok kat Instagram instafemes ni diorang makan ayam goreng dengan nasi and salad. Tertanya tanya aku kedai mana diorang makan.



Last last masa aku nak ke KL sebab nak pergi kenduri Alyaa TGG, Ngah ada ajak makan kat Kyochon. Kyochon what? Aku pun google. Ohhh kedai ayam goreng ni ke. Terus google menu apa ada. Dia ada tiga signature series: Soy Garlic, Red Pepper and Honey. Wahhh nampah red pepper je terus terliuq rasa nak makan la la tu jugak. Hahaha. 

Okay so sebelum balik ke Johor aku singgah jap kt Cheras (tempat Ngah) sebab nak pi makan kat Kyochon lah. Kitorang makan kat MyTown Shopping Centre. Alah sebelah Ikea Cheras. Hahaha. Ikut nafsu lepas nak makan kat Kyochon nak makan lah meatball. Tak jadi pun, sebab kenyang makan ayam goreng.

Kitorang order 2 set regular of Soy Garlic and Red Pepper Wingette & Drummette. Regular ada 8 pcs ayam for RM19.50 only. Tambah steamed rice dua. Almaklumlah tekak melayu nak nasi jugak. For drinks order ice lemon tea je and boleh refill berapa banyak kali kau suka. Aku refill sekali je. Hahaha. Mula mula rasa macam tak cukup tapi bila dah makan, tersandar kekenyangan. Em makan kat sini diorang ada bagi satu glove and wet tissue. So senang lah nak makan pakai tangan sarung je glove tu and melantak sepuasnya. Sorry sis lapar sangat lupa nak amik gambar yang proper. Ni je ada

Red Pepper (kiri) and Soy Garlic (kanan) Wingette and Drummette 
Dua dua rasa bagi aku sedap. Yang red pepper tu confirm confrim lah rasanya pedas pedas manis kan. Sedappp. Rasa pedas tu buat aku asyik telan air banyak kali tu yang last last kenyang je. Oh yang soy garlic tu pun sedap. Rasa masin yang sedap. Kiranya soy garlic ni macam ayam original for korean fried chicken lah. Selalu bila tengok The Nations Big Three yang makan ayam goreng, ahhhh terseksanya tengok dorang makan. Juicy lah, lembut, tak kering. Meleleh air liur tengok. Kali ni dapat jugak rasa kat Kyochon. Ada jugak kedai lain cuma belum try je. Kfry kat JB pun aku tak try lagi. Takde siapa nak bawak makan. Nak drive jauh. Tak berani. Hehe

Overall, siapa teringin makan ayam goreng ala korea boleh lah engko orang try makan kat Kyochon ni. Nak tau harga ke kat mana cawangan lagi korang boleh google je web diorang. Dari segi rasa sedap, kenyang je makan. Harga? Em no comment sebab aku pasal makan memang bedal je. Selalunya ramai nak kena beratur jugak nak masuk makan. So sabarlah menunggu. Haha

Sekian dari peminat ayam goreng,

Tasnim









No comments:

Post a Comment