Road to convocation - Tasnim Hafidz

Saturday, April 08, 2017

Road to convocation

Assalamualaikum

Hi

Apa khabar semua? Lama aku tak update. Maaflah busy sikit. Tak sempat nak bukak laptop and update something. Dengan masalah adapter wifi kat laptop yang tak betul beberapa bulan ni. Itu yang last update bulan Januari. Haha

Kenapa tak pakai phone/tablet je? Well satu jawapan yang pasti, tak puas. Huhu. Alhamdulillah,  in sha Allah 17/4/2017 ni kita officially graduate. Konvokesyen UiTM kali ke-86. Maka seminggu sebelum konvo ni gigih lah aku datang Shah Alam nak pergi ambil jubah dan sebagainya. Terima kasih atas belas ihsan Syahira dan keluarga bagi aku tumpang bermalam kat rumah diorang.

Konvo nanti aku sidang ke-5 and petang. Fuhhh petang kalau hujan ni huru hara juga lah. Dulu masa diploma pun petang. Serabut sikit sebab habis pun dah hujung hujung waktu. Mana nak bergambar lah kelaparan lah. Oh ye siapa yang konvo petang tu kau seludup je makanan masuk dalam bag. Lapar kot. Habis lambat. Mau gastrik menahan lapar. Huhu

Masa amik jubah tadi sempat lah aku jumpa dua tiga orang classmate dulu. Masing masing dah berkejaya. Aku je masih lagi pegang title penganggur terhormat. Hahaha.

Macam biasa beratur luar DATC tu nak amik jubah. Borang KPT and borang jubah jangan lupa bawak. Karang mengagau kau nak ambil jubah macam mana.

Dah dapat jangan lupa try dulu and check apa yang patut. Nanti kita akan dapat jubah, mortar board and untuk degree dan seterusnya dapat apa ntah nama selempang belakang tu. Haha nanti aku check balik. Dah dapat kalau ikut kan ada raptai tapi dah serabut tadi lupa nak pergi raptai. Hahaha. Jangan amalkan perlakuan ini. 

So lastly jangan lupa tampal sticker kat kereta and bagi kad jemputan kat mak ayah. Nanti tak boleh masuk dewan pulak (padahal dip dulu aku lupa nak bagi kad jemputan). Okay dorang bagi je masuk. Semoga urusan konvo aku minggu depan berjalan dengan lancar lah. Haha doakan yang baik baik ya.

Suatu ketika dahulu. Gambar pre-grade diploma.

Sekian dari bakal graduasi, 

Tasnim



No comments:

Post a Comment