2017 - Tasnim Hafidz

Saturday, August 19, 2017

Skincare Review: Klairs Supple Preparation Toner

August 19, 2017 0
Skincare Review: Klairs Supple Preparation Toner
Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hi

If you ever read  my previous update on my current obsession, you guys will know that I am so into Korean skincare. I have dry skin type. So memang banyak fokus beli product yang hydrating kan my skin. So salah satu product yang I dah habis guna and experience sendiri, tadaaaaaaaa

Image result for klairs supple preparation toner
Klairs Supple Preparation Facial Toner. Source: Google

This toner really help improving my skin. Serious memang best pakai toner ni. Really hydrate and moisturize my face. Toner ni ada thick texture, tak watery sangat so tak rasa sticky bila apply kat skin and no fragrance. Kalau ada pun bau dia tak annoying lah. Macam bau herba tapi very very light. I guna sekali dengan dia punya cotton pad. Rasa kulit tu moist and smooth je bila pakai.

Sebelum ni pakai local product, toner banyak contain alcohol so kulit asyik pedih, makin kering. I buat some research and reading, baca sana sini, then baru lah tergerak hati and duit (hehe) nak beli toner ni. I malas nak taip banyak banyak pasal toner ni, I mean the ingredient and what so ever, tapi korang boleh tekan SINI untuk baca more pasal this product.

I beli toner ni kat Hermo. Sekarang ni boleh dikatakan Hermo ni lah tempat I beli skincare ni semua. Harga toner ni kalau tak silap I dalam RM 75++. So selalunya I beli time ada sale, dalam RM50++ dapat. Murah and jimat lah sikit duit. Hahaha. I really suggest to those yang ada dry skin untuk try toner ni. Other skin type pun boleh pakai. Takda masalah. Adik I combination skin and dia pakai okay je. Really worth the price lah toner ni. Do try it. Haha

Sekian ikhlas dari,

Tasnim




Friday, August 18, 2017

Dine-in: Kyochon 1991

August 18, 2017 0
Dine-in: Kyochon 1991
Assalamualaikum

Hi

Well aku kembali dengan another update for dine-in review. Kali ni aku nak cerita pengalaman (eh pengalaman ke?) makan kat Kyochon 1991. Emmm ada yang tak suka fried chicken ke kat sini? Kalau ada takpe, cuma rasa ruginya. Hahaha. Aku selalu tengok kat Instagram instafemes ni diorang makan ayam goreng dengan nasi and salad. Tertanya tanya aku kedai mana diorang makan.

Last last masa aku nak ke KL sebab nak pergi kenduri Alyaa TGG, Ngah ada ajak makan kat Kyochon. Kyochon what? Aku pun google. Ohhh kedai ayam goreng ni ke. Terus google menu apa ada. Dia ada tiga signature series: Soy Garlic, Red Pepper and Honey. Wahhh nampah red pepper je terus terliuq rasa nak makan la la tu jugak. Hahaha. 

Okay so sebelum balik ke Johor aku singgah jap kt Cheras (tempat Ngah) sebab nak pi makan kat Kyochon lah. Kitorang makan kat MyTown Shopping Centre. Alah sebelah Ikea Cheras. Hahaha. Ikut nafsu lepas nak makan kat Kyochon nak makan lah meatball. Tak jadi pun, sebab kenyang makan ayam goreng.

Kitorang order 2 set regular of Soy Garlic and Red Pepper Wingette & Drummette. Regular ada 8 pcs ayam for RM19.50 only. Tambah steamed rice dua. Almaklumlah tekak melayu nak nasi jugak. For drinks order ice lemon tea je and boleh refill berapa banyak kali kau suka. Aku refill sekali je. Hahaha. Mula mula rasa macam tak cukup tapi bila dah makan, tersandar kekenyangan. Em makan kat sini diorang ada bagi satu glove and wet tissue. So senang lah nak makan pakai tangan sarung je glove tu and melantak sepuasnya. Sorry sis lapar sangat lupa nak amik gambar yang proper. Ni je ada

Red Pepper (kiri) and Soy Garlic (kanan) Wingette and Drummette 
Dua dua rasa bagi aku sedap. Yang red pepper tu confirm confrim lah rasanya pedas pedas manis kan. Sedappp. Rasa pedas tu buat aku asyik telan air banyak kali tu yang last last kenyang je. Oh yang soy garlic tu pun sedap. Rasa masin yang sedap. Kiranya soy garlic ni macam ayam original for korean fried chicken lah. Selalu bila tengok The Nations Big Three yang makan ayam goreng, ahhhh terseksanya tengok dorang makan. Juicy lah, lembut, tak kering. Meleleh air liur tengok. Kali ni dapat jugak rasa kat Kyochon. Ada jugak kedai lain cuma belum try je. Kfry kat JB pun aku tak try lagi. Takde siapa nak bawak makan. Nak drive jauh. Tak berani. Hehe

Overall, siapa teringin makan ayam goreng ala korea boleh lah engko orang try makan kat Kyochon ni. Nak tau harga ke kat mana cawangan lagi korang boleh google je web diorang. Dari segi rasa sedap, kenyang je makan. Harga? Em no comment sebab aku pasal makan memang bedal je. Selalunya ramai nak kena beratur jugak nak masuk makan. So sabarlah menunggu. Haha

Sekian dari peminat ayam goreng,

Tasnim









Monday, April 10, 2017

Dine-in: DubuYo

April 10, 2017 0
Dine-in: DubuYo
Assalamualaikum

Hi

Sebelum aku balik ke Johor, macam biasalah aku mesti singgah mana mana mall nak cari makanan korea. So kali ni aku singgah Dubuyo dekat Sunway Putra Mall. Kalau naik KTM korang turun dekat stesen Putra, kalau LRT pulak turun PWTC. Kena jalan sikit lah kalau turun kat KTM sebab dia seberang jalan.

Ini kira kali ke dua kot aku makan kat Dubuyo. Alah tak ingat. Tapi seingat aku yang first tu kat Midvalley kalau tak silap. Masa tu aku order Beef Kimchi Gogi kalau tak silap. Boleh lah. Kena dengan tekak. Side dish dia pun okay je.

Kali ni aku try dakgalbi dengan dol sot bibimbap. Dakgalbi ni menurut menu ialah stir-fried marinated diced chicken in sweet and spicy dakgalbi sauce. Haha. Aku tak minat sangat dakgalbi ni maybe sebab rasa dia yang manis manis pedas. Aku lebih prefer makanan macam yukgaejang yang selalu aku makan kat food court NU Sentral. Pedas dan panas. Fuhhh bergenang mata makan. Kena ada tisu kat sebelah. Tapi sedappppp


Shikhye and Green Tea
Dakgalbi
Beef dol sot bibimbap.

Saturday, April 08, 2017

Road to convocation

April 08, 2017 0
Road to convocation
Assalamualaikum

Hi

Apa khabar semua? Lama aku tak update. Maaflah busy sikit. Tak sempat nak bukak laptop and update something. Dengan masalah adapter wifi kat laptop yang tak betul beberapa bulan ni. Itu yang last update bulan Januari. Haha

Kenapa tak pakai phone/tablet je? Well satu jawapan yang pasti, tak puas. Huhu. Alhamdulillah,  in sha Allah 17/4/2017 ni kita officially graduate. Konvokesyen UiTM kali ke-86. Maka seminggu sebelum konvo ni gigih lah aku datang Shah Alam nak pergi ambil jubah dan sebagainya. Terima kasih atas belas ihsan Syahira dan keluarga bagi aku tumpang bermalam kat rumah diorang.

Konvo nanti aku sidang ke-5 and petang. Fuhhh petang kalau hujan ni huru hara juga lah. Dulu masa diploma pun petang. Serabut sikit sebab habis pun dah hujung hujung waktu. Mana nak bergambar lah kelaparan lah. Oh ye siapa yang konvo petang tu kau seludup je makanan masuk dalam bag. Lapar kot. Habis lambat. Mau gastrik menahan lapar. Huhu

Masa amik jubah tadi sempat lah aku jumpa dua tiga orang classmate dulu. Masing masing dah berkejaya. Aku je masih lagi pegang title penganggur terhormat. Hahaha.

Macam biasa beratur luar DATC tu nak amik jubah. Borang KPT and borang jubah jangan lupa bawak. Karang mengagau kau nak ambil jubah macam mana.

Dah dapat jangan lupa try dulu and check apa yang patut. Nanti kita akan dapat jubah, mortar board and untuk degree dan seterusnya dapat apa ntah nama selempang belakang tu. Haha nanti aku check balik. Dah dapat kalau ikut kan ada raptai tapi dah serabut tadi lupa nak pergi raptai. Hahaha. Jangan amalkan perlakuan ini. 

So lastly jangan lupa tampal sticker kat kereta and bagi kad jemputan kat mak ayah. Nanti tak boleh masuk dewan pulak (padahal dip dulu aku lupa nak bagi kad jemputan). Okay dorang bagi je masuk. Semoga urusan konvo aku minggu depan berjalan dengan lancar lah. Haha doakan yang baik baik ya.

Suatu ketika dahulu. Gambar pre-grade diploma.

Sekian dari bakal graduasi, 

Tasnim



Monday, January 02, 2017

Happy 2017

January 02, 2017 0
Happy 2017
Assalamulaikum wbt

Hai

The blog currently under maintanance. Sorry sebab tak sempat nak edit apa semua. By the way, happy new year everyone! Hope you will have many blessings in the year to come. So guys, chin up and hwaiting! Haha