April 2016 - Tasnim Hafidz

Sunday, April 03, 2016

Ulasan Penulis : Munafik (2016)

April 03, 2016 0
Ulasan Penulis : Munafik (2016)
Assalamualaikum w.b.t


Cerita ni keluar dah lama dah, tak silap 25.02.2016 hari tu. Wahhh lamanya cerita ni kat wayang. Baru aku perasan. Orang pun sampai tiga empat lima kali tengok dan aku baru semalam berkesempatan nak tengok kat wayang. Nasib baik abam syamsul extend lagi cerita ni kat wayang untuk lagi dua minggu. Mwahahaha


Mula mula masuk wayang boleh gelak-gelak lagi. Dah start memasing cuak. Haha. Tengah tengah cerita jangan kabo lah. Masing masing tutup muka dengan tangan. Mamat depan aku ni poyo tapi penakut gak. Haha. Tapi serius cerita dari Syamsul Yusuf kali ni memang best. Tak bosan. Mulut memang ikut sekali berzikir baca ayat kursi. Cuak beb. Part last yang bila Pak Osman rupanya dalang disebalik semua yang terjadi. Pak Osman ni tak suka orang yang beriman macam Ustaz Adam and Imam Ali. So dia selalu sihirkan orang kampung. Dia bersekutu dengan iblis laknatullah. Astaghfirulllah. Seram part dia seru iblis syaitan tu. Terkumat kamit mulut aku baca ayat kursi. Memang tekad habislah iblis dan syaitan ni nak sesatkan manusia supaya selalu buat kemungkaran. Dan akan ada lagi satu manusia berketurunan iblis yang akan menyesatkan umat manusia akhir zaman ni iaitu, Dajjal.  

Bagi aku ada pelik sikit lah cerita ni bila boleh Ustaz Adam tu tak sedar yang anak dia Amir pun meninggal sekali dengan wife dia masa accident tu. Haishhh itulah susahnya bila terbawa sangat and tak terima qadha dan qadar Allah. Awal awal masa wife dia meninggal tu pun dah salah dah cara dia bila dia persoalkan kenapa dia kena macam tu. Tapi tu lah. Kita manusia ni lemah. Sesungguhnya Allah takkan memberatkan hamba-Nya dengan ujian yang hamba dia tak boleh nak hadapi. Bak kata Imam Ali semua jawapan kepada persoalan kita ada dalam Al-Quran. 

Bak kata kawan aku. Kita sepatutnya bersukur bila dapat ujian dari Allah. Itu maksudnya Allah ingat dekat kita. Allah sayang kita. Allah nak kita ingat pada Dia. Bila kita ingat Allah, Allah takkan lupa kita. Apa yang kita nak, In sha Allah akan ditunaikan dimakbulkan. Sekian sikit ulasan pasal cerita munafik ni. Banyak pengajaran boleh diambil. Jangan diambil ajaran yang sesat tu. Jangan sesekali menyekutukan Allah. Maaf kalau ada tersalah bahasa, sesungguhnya yang baik datang dari Allah dan yang buruk tu dari diri ini.

Sekian. Jaga diri, jaga hati, jaga iman.

Hamba Allah yang masih banyak perlu dibaiki, 
Tasnim