November 2015 - Tasnim Hafidz

Sunday, November 22, 2015

Dine-in: Pots & Pans, Johor Bahru

November 22, 2015 0
Dine-in: Pots & Pans, Johor Bahru
Assalamualaikum

Hi

Walaupun order dua jenis makanan je, aku tetap nak buat review sikit pasal cafe ni. Macam biasa lah, jalan-jalan cari makan bersama Afiqah and Alina. Skema habis aku taip nama penuh, haha. So, lokasi cafe ni dekat Jalan Bukit Meldrum. Landmark dia Grand Blue Wave Hotel tu. Kalau tak tau, waze je. In sha Allah jumpa. Nak dekat dua bulan aku tak balik Johor, so terpinga-pinga jugak lah bila dorang ajak makan sini. 

Aku order ikan. Alah tak ingat nama menu. Tapi lebih kurang macam ni lah. Pan seared fish with lemon butter sauce and mashed potato kot. Price dia? RM 12.90. SEDAP! Sumpah sedap. Aku suka makan ikan macam ni kot. Macam salmon contohnya. Sebab tu aku rasa sedap je. Sauce dia rasa masam-masam manis lemak gitu. Sedapnyaaa. Macam biasa telan air liur dah ni sambil menaip. 


Pan Seared Fish with Lemon Butter Sauce & Mashed Potato. RM12.90

Mac&Cheese with Chicken Samosa kot. RM 14.90