Hati Tisu - Tasnim Hafidz

Sunday, May 24, 2015

Hati Tisu

Assalamualaikum

Hi

Wahhhh bestnya weekend kali ni tak banyak kerja sangat. Dapat lah berehat sikit. Definisi berehat bagi aku apa lagi kalau bukan baring, tidur, makan, tengok tv, main phone and ulang balik perkara yang sama selama dua hari. Ya, dua hari. Sabtu dan Ahad. Emm. Padahal minggu depan ada test. Dasar student derhaka. Bukannya nak study awal-awal. 

Well, satu benda yang aku selalu buat untuk luangkan masa. Ok bukan luangkan, emmm habiskan masa. haa! that's it. Untuk habiskan masa yang ada, kekadang aku suka baca cerpen dekat penulisan2u.my hihi. Novel, cerpen. Dua-dua aku layan. Macam yang aku pernah bagi tau sebelum ni, aku memang kuat berangan. Ni semua salah cerpen and novel lah. Always happy ending, sweet sweet. Mula aku berangan nak ada life macam tu. Stresss!


source: Google


Oh ya cerita pasal hati tisu, yes, hati aku memang hati tisu. Nak nak kalau tengah baca cerpen or novel yang sedih. Tu dia, habis basah baju buat lap ayaq mata, hihi. Tak menahan pun lah ayaq mata ni, nak jugak buat tuan dia malu. Kejap kejap sok sek hidung bunyi sebab nak tarik nafas. Hingus block, haha. Roomate pun dah faham dah kalau tetiba diorang nak bercakap dengan aku, and aku dok lap mata dengan baju. Err tak senonohnya. Tapi nak buat macam mana, dah memang pesen senang nak menangis kalau baca cerita sedih, Tu belom lagi cerita hindustan. Tudiaa, lagi dasyat ayaq mata mengalir. hehe

So, ini merupakan salah satu perangai pelik aku. Baca cerpen pun boleh nangis, hehe. Btw, untuk bakal suami, jangan lah pelik kalau tetiba bila kita dah kahwin, saya melalak tetiba bila pandang laptop or phone. Tu mesti sebab saya tengah baca cerita sedih. Awak buat tak tahu je tau, haha.

Yang cengeng, 
Tasnim

No comments:

Post a Comment