May 2015 - Tasnim Hafidz

Sunday, May 24, 2015

Hati Tisu

May 24, 2015 0
Hati Tisu
Assalamualaikum

Hi

Wahhhh bestnya weekend kali ni tak banyak kerja sangat. Dapat lah berehat sikit. Definisi berehat bagi aku apa lagi kalau bukan baring, tidur, makan, tengok tv, main phone and ulang balik perkara yang sama selama dua hari. Ya, dua hari. Sabtu dan Ahad. Emm. Padahal minggu depan ada test. Dasar student derhaka. Bukannya nak study awal-awal. 

Well, satu benda yang aku selalu buat untuk luangkan masa. Ok bukan luangkan, emmm habiskan masa. haa! that's it. Untuk habiskan masa yang ada, kekadang aku suka baca cerpen dekat penulisan2u.my hihi. Novel, cerpen. Dua-dua aku layan. Macam yang aku pernah bagi tau sebelum ni, aku memang kuat berangan. Ni semua salah cerpen and novel lah. Always happy ending, sweet sweet. Mula aku berangan nak ada life macam tu. Stresss!


source: Google


Oh ya cerita pasal hati tisu, yes, hati aku memang hati tisu. Nak nak kalau tengah baca cerpen or novel yang sedih. Tu dia, habis basah baju buat lap ayaq mata, hihi. Tak menahan pun lah ayaq mata ni, nak jugak buat tuan dia malu. Kejap kejap sok sek hidung bunyi sebab nak tarik nafas. Hingus block, haha. Roomate pun dah faham dah kalau tetiba diorang nak bercakap dengan aku, and aku dok lap mata dengan baju. Err tak senonohnya. Tapi nak buat macam mana, dah memang pesen senang nak menangis kalau baca cerita sedih, Tu belom lagi cerita hindustan. Tudiaa, lagi dasyat ayaq mata mengalir. hehe

So, ini merupakan salah satu perangai pelik aku. Baca cerpen pun boleh nangis, hehe. Btw, untuk bakal suami, jangan lah pelik kalau tetiba bila kita dah kahwin, saya melalak tetiba bila pandang laptop or phone. Tu mesti sebab saya tengah baca cerita sedih. Awak buat tak tahu je tau, haha.

Yang cengeng, 
Tasnim

Sunday, May 10, 2015

Sejarah dan Tidur

May 10, 2015 0
Sejarah dan Tidur
Assalamualaikum

Hi

Ada sesiapa yang suka sejarah? Anyone? Tak kesah lah sejarah negara ke luar negara ke sejarah Islam ke or apa apa yang dinamakan sejarah. Aku respect betul kalau korang minat sejarah ni. Aku tak berapa minat sejarah ni sebab bila baca je mulalah mata jadi kuyu tak bermaya bagai bunga tak disiram air. Haha. Mata aku memang selalu kuyu. Tee-heeeee

Semester ni aku kena ambil subjek Sejarah Malaysia (CTU555). Siapa Uitm dia tau lah. Sobsobssss. Tak sukanya. Banyak nak kena ingat. Tu semua fakta. Mana boleh main tibai je. Kalau dah boleh rebus buku lepas tu minum air rebusan and terus berdesup ingat semua fakta kan bagus.
Bukan apa, baru selak dua tiga muka surat mulalah menguap macam badak. Semua perkara yang selain dari baca sejarah nampak menarik. Pokok pangkalnya weekend yang ada dua hari ni pun tak mampu buat aku ingat segala fakta yang ada.

Tapi sebenarnya, Sejarah ini penting.  Dari sejarah lah kita tahu asal usul kita. Dengan sejarah lah kita boleh nak mengupgrade kan diri jadi lebih baik. Dan dengan sejarah lah kita akan cuba untuk memajukan masa depan kita. Sejarah juga mampu buat kita sedar diri. Hahaha. Yang tak sedar diri tu boleh buka buku sejarah balik and fahami betul betul (tetiba rasa motivate nak baca sejarah). Haha. Especially sejarah Islam. Indah tahu? Ok lah, nak sambung study.

Image result for history future quotes landscape
Indeed :) source: Google

Thanks for reading.

Yang tetiba rasa motivated,
Tasnim

Hectic vs Relax

May 10, 2015 0
Hectic vs Relax
Assalamualaikum

Hi

Last week. I mean, the week after my mid semester break. It was a very very hectic/busy/stressful week for me. Dia punya busy tu lain macam. Maybe sebab naik je cuti ingat ada test. Nasib hari isnin tu tak ada test tapi berturut lah jugak dari hari selasa sampai khamis. Mana nak kejar dateline nak hantar assignment lagi. Fuhhh. Tak bernafas wa cakap lu.

Tapi. Lain pula dengan minggu selepas tu. The first week of May. Relax giler. Tenang setenang tenang tenangnya. Just siapkan lab report yang tak urgent sangat. Naik pelik rasa. Haha. Dah takda benda nak dibuat sampai terkejar kejar dateline rasa lain macam pula. Hihi. Kalau tak, busy tu kadang rasa sampai terlupa nak makan (ok ini bohong).

Apa apa pun, segala minggu yang stress tu dah lepas. Kalau relax tu sekadar bonus or reward lah kot sebab dah busy sangat sebelum ni. Sekarang nak masuk week tenth. Tinggal lagi four weeks before final. Hopefully sem ni dapat buat yang terbaik and maintain a good cgpa. Hihi. Doakan aku
Anyway. Thanks for reading. Good night.


Yang menaip, 
Tasnim