April 2014 - Tasnim Hafidz

Saturday, April 12, 2014

Nak berniaga ke tidak?

April 12, 2014 0
Nak berniaga ke tidak?
Assalamualaikum

Hi

Siapa suka shopping online angkat tangan laju-laju! haha. saya suka shopping online ni. saya ada bagi tau kan dekat entry sebelum ni. shopping online ni best kalau urusan jual beli tu berjalan dengan lancar. 

lancar tu maksudnya, si penjual layan customer dengan servis sehabis baik yang mereka boleh dan customer pun takda lah menyusahkan si penjual tu sangat. yelah, penjual pun manusia juga. nak kena makan minum rehat tidur solat. semuanya lah yang manusia selalu buat. 

tapi. tapi kan. kadang-kadang ada je penjual yang macam tak serius. ok saya tengah bengang ni. saya nak beli skirt yang saya berkenan ni. saya punya berkenan tu sampai tahap bawak ke mimpi. so saya whatsapp lah seller ni. dia kata sebarang pertanyaan atau nak buat pembelian whatsapp lah dia. saya whatsapp lah pukul 11 pagi macam tu. saya tunggu dia reply. yelah dia manusia kan macam yang saya cakap tadi. mungkin lambat sikit. 

petang tu saya check whatsapp, dia tak reply reply. ok takpe, banyak org whatsapp dia kot nak order. tapi sampai ke sudah dia tak balas. ig dia pun tak update sangat. huaaa sedihnya saya. saya nak order skirt tu kenapa dia tak layan? orang lain saya baca kat komen ada yang dia layan je. boleh je. saya malas nak whatsapp banyak kali karang kata tak faham bahasa. saya pn tunggu lah sampai hari ni.

malam tadi minta tolong kawan orderkan lagi mana tau whatsapp saya dia terlepas pandang, sebab dia tengah online kan, tapi sama jugak. tak dibalas. tak tahu lah diorang ni nak meniaga ke tak sebab saya tunggu punya tunggu tak balas pun. orang lain pun meniaga juga. ada juga kerja lain tapi boleh je reply whatsapp saya. hmmm 

takpelah, bukan rezeki saya kot nak pakai skewrtttt tu. im so sad. sobsob. saya merajuk. beli kat orang lain dah. tapi, skirt tu lawa. saya berkenan. hmmm. buat ig seller tu, saya harap awak dapat memberikan servis yang telus selepas ini untuk customer awak yang lain. nak meniaga, meniaga betul betul. saya dah tawar hati. adiosss

yang sedih, saya


Tuesday, April 08, 2014

Boros

April 08, 2014 0
Boros
Assalamualaikum

Hi

Bercakap pasal boros ni, sesungguhnya saya seorang pemboros. haha. saya ada cerita tak silap kat entry sebelum ni bahawasanya saya suka berbelanja tapi tak suka guna. faham tak?contohlah, saya berkenan dengan satu skirt ni. saya beli. dah dapat skirt ni saya try lah. kurang puas hati dengan skirt ni kalau dipakai kat luar. so saya tak pakai pun. simpan dalam gerobok tak pun pakai kat rumah. skirt yang flowy mowy tu pakai kat rumah je? memang tak patut, tapi itulah saya.

instagram memang sangat mempengaruhi saya sekarang ni. bangun pagi pagi bukak instagram dulu. tengok mana yang patut. ada berkenan mula lah nak beli. haishhh. gatal je tangan nak whatsapp insta seller tu, tapi apa-apa pun kena cakap dengan ma. selalunya jawapan favorite ma lah,"Tak payah. Tak baik bazir nim. Bukan pakai pun." tapi saya pun selalu bagi jawapan favorite, "Nim pakai lah, tak pernah ada lagi. Ma juga yang cakap kena melawa kan." hehe. Bijak tak jawapan saya? Ingat ma heran. dia hanya mampu menggelengkan kepala melayan kerenah anak dara sulung dia ni. sorry ma. peace

tapi serius, saya memang suka beli online. senang. just click amount and send. hanya dihujung jari. wahhhh senang sangat. senang sampai pokai. haha. lagi satu saya suka sebab nanti ada lah record kat bank statement apa yang saya beli. boleh lah saya pantau dan kemudian rasa menyesal sebab boros sangat. sekarang ni tengah menyesal lah ni sebab tadi petang baru dapat bank statement dari abg posmen. duit simpanan hari tu yang sepatutnya banyak sekian sekian tinggal sekian sekian. sedih. sobsob

so kesimpulannya, bijaklah dalam menguruskan wang anda. sekarang pun saya tengah menahan nafsu untuk membeli barang kat instagram tu. sampai gigit gigit jari hentak hentak kepala kat dinding tahan keinginan nak membeli tu. dasyat kan? saya kena puasa ni. puasa melawan nafsu. ehh macam tak kena je? haha

p/s: premium night cream dari spinosa tu sangat menggoda saya untuk beli. bila lah nak banyak duit ni. hihi

toodles!

Wednesday, April 02, 2014

Secara tak rasminya

April 02, 2014 0
Secara tak rasminya
Assalamualaikum guys

Hi

Sekarang dah masuk bulan April dan inilah entri pertama saya untuk bulan ini. oh ya saya selalu jealous tengok orang dapat hadiah dari nuffnang yang memang kebaboom lah hadiahnya. nak jugak. tapi sedar diri, saya tak aktif. 

Apa yang secara tak rasminya tu kan? Saya secara tak rasmi dah tamat pengajian diploma sepenuh masa di UiTM Kuala Pilah dalam jurusan Mikrobiologi pada 17 Mac 2014 setelas berjaya menghantar report berserta pembentangan yang tak berapa nak awesome sebab dah petang and dah rasa malas. wehuuuuuuuuuu

maaaa abahhhhh nim nak kawinnnnnn!

saya boleh bayangkan jika saya minta macam tu kat ma and abah saya, hanya jelingan mama and kata-kata tak berapa semangat dari abah yang mengatakan, "Tak malu ke minta kawin awal?" atau "Dapat degree dulu baru kawin." atau ayat mama yang menghancurkan hati, "Kalau dah ada calon bawaklah jumpa ma dgn abah." eh bukan ke saya patut gembira kalau ma saya cakap macam tu? kenapa saya cakap ayat ma tu menghancurkan hati? sebabnya, calon tak ada lagi. sadis. 

so kesimpulanya, memang tak dapat kawin awal. maksud saya lepas diploma ni. tapi sebenarnya saya tak kisah pun. hanya mampu berdoa agar dicepatkan jodoh dan dapat jodoh yang baik-baik. yang gedik minta kawin awal tu pun saja je. suka tengok orang-orang yang dah kawin tu. ada baby comel, halal nak beramah mesra and yang penting dapat pahala. wowww

saya jealous. sangat jealous. tapi perancangan Allah tu lah yang sebaik-baik untuk hamba-Nya.


happy family.ngeeee kucing ni dah takda kat kedai. kata ma ada yang amik letak kat
 kipmart. dah tak dapat tengok dia buat kuak lentang bagai.




toodles!