December 2013 - Tasnim Hafidz

Wednesday, December 25, 2013

Cerita aku.

December 25, 2013 0
Cerita aku.
Assalamualaikum.

Memang dari awal lagi aku dah pasang niat, aku buat blog ni sebab nak share pasal cerita perihal diri. memang akan ada cerita pasal aku, aku, aku dan aku. termasuklah keluarga dan kawan-kawan. so tak salah kan kalau aku share apa yang aku rasa boleh untuk diceritakan untuk tatapan umum.


Tapi kalau ada yang rasa macam aku ni share benda-benda yang mengarut pada pandangan dia tapi bukan aku, silalah tekan butang pangkah di sebelah kanan anda. habis cerita.


Bukan apa, orang tak suka, tak boleh lah nak paksa suka. dah macam desperate pulak kan. aku cakap je ni. bukan apa, ada sedikit rasa tersentap bila ada seseorang tu cakap, ntah apa-apa je aku cerita kat blog ni. memang ntah apa-apa pun. tak suka, sudah. tak suruh baca pun. hikhik.


Keluarga kat Johor pergi bercuti kat Muar. katanya abah teringin nak makan satay cikgu yati. hehe. aku tak kesah pun. bercuti lah. hari ni pun aku memang bercuti yang sebenar-benar cuti. tidur je dari tengah hari sampai petang. sakit dah badan ni. adehhh


so until the next entry. have a blast day. xoxo.
Me






Sunday, December 15, 2013

Sesal.

December 15, 2013 0
Sesal.
Assalamualaikum. 

Sihat semua? Aku tak sihat. Tak sihat fizikal dan mental. Fizikal tak sihat sebab selesema, batuk, demam 5 minit and sakit tekak.

Mental plak tak sihat sebab, skrin laptop pecahh! Huwaaaaa. Sedihnya. Ni lah satu satunya laptop yang tinggal.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian. Menangis lah. Apa lagi. Tapi memang boleh guna lagi cuma suku tu rosak.

Mama kata nak belajar nanti baru repair. Baik bos. Tsk tsk tsk.

Thanks for reading.  Jaga diri, hati & iman. xoxo. byebye

Saturday, December 14, 2013

Sayang.

December 14, 2013 0
Sayang.
Assalamualaikum

actually, kita ada buat blog lain. sebab utama dibuat, nak edit cantik cantik comey comey lah kekonon nya. bila comey boleh lah nak edit kat blog TH ni tapi hampeh, rasa cantik kejap je. sekarang rasa bosan dah dengan design yang sedia ada.


last last back to simple template. kahkahkah. aku memang cepat bosan. agak merisaukan fe'el yang satu ni. merisaukan untuk suatu ketika di masa depan nanti. ahh sudah. ignore.


aku agak sayang dengan blog Tasnim Hafidz ni. lagi pun blog ni dah lama hidup. ada lah jugak berpuluh kawan. soooooooooo agak sayang untuk di abaikan macam tu je lalu aku buat keputusan untuk tetap kemas kini blog yang simple ni. ngeheeee


yang blog lagi satu tu, ada juga aku kemas kini tapi faham faham lah si pemalas tasnim ni. agak dah lama baru nak muncul. memang trafik tak gerak lah. tak ada siapa yang sudi nak jengah sebab tak dikemas kini. hehe


Thanks for reading. xoxo. byebye

seketika

December 14, 2013 0
seketika
Assalamualaikum 

Manusia.
Lumrahnya, tak sempurna.
Pada Tuhan mahupun sesama manusia.
Kena sedar diri.
Hidup ini seketika.
Bukan untuk selamanya.
Dunia sementara.
Akhirat menanti.
Banyakkan amalan tinggalkan larangan.
Dosa di pandang sepi, pahala di ambil berat.
Bukan nak cakap gebang menunjuk, tapi peringatan. 
Buat diri sendiri.
Dan yang tersayang.
Hanya seketika. 
Beringatlah.

xoxo. tasnim