May 2013 - Tasnim Hafidz

Thursday, May 16, 2013

Kucing

May 16, 2013 0
Kucing
Assalamualaikum.. hello

bila ternampak orang tweet pasal kucing. cepat-cepat aku bukak blog dengan rakusnya sebab nak update pasal kucing.

aku tak minat dengan species ni tapi aku taklah zalim sangat nak sepak teranjang kucing-kucing ni. kadang-kadang tu kesian tengok kucing yang kelaparan, sakit and macam-macam lagi lah. kucing ni... sunnah menyayanginya sebab Rasulullah S.A.W pun sayang kucing.

kalau kat kedai, banyak jenis kucing dah aku dok main nyork-nyorok dengan dorang. ehhh. hahaha. tipu je tu. acik sebelah kedai mak aku yang rajin nak bela kucing ni. ada nama Tom, Cimi, Comel, Lanun and apa ntah lagi. Tom ni jantan. pastu suka ngendeng-ngendeng kat aku mintak makanan. kalau dia datang kt aku sambil buat bunyi manja gitu. tau lah nak makanan. pastu bila dengar aku potong ayam, amboi laju je dia datang. satu lagi time dia mintak makanan, time-time magrib. bagus tom ni. makan sebelum pukul 8. hahahaha

ramai orang suka buang kucing kat kedai makan sebab fikir kat kedai makan ni kucing boleh cari makanan kot so then dorang tak mati kebulur. ada sekali tu, aku ingatkan orang tu tengah nak betulkan motor ke apa sebab terlindung dengan bendera biru. tapi aku pelik, bunyi anak kucing dok meow meow jelas sangat. tetiba mamat motor tu blah. abang yang ada dekat situ kata mamat tu buang kucing. ohhh my, aku tak suka dengar anak kucing meow macam tu. rasa sayu je. anak kucing tu mestilah cari mak dia. ishh kalau ya pun nak buang kucing, buang lah sekali dengan mak dia. kesian tau kat anak kucing tu

ada lagi satu ni, kucing tu buta. kesian sangat. jalan terhuyung hayang. kejap-kejap terlanggar kerusi. nak nangis tengok. aku bagi makan, kena bagi makanan tu dekat dengan mulut dia. mana dia nampak kan. aku tak nampak biji mata dia. merah je. pastu macam banyak taik mata. mesti bacteria infection. nak bawak dia pergi rawat tapi aku bukan jenis bela kucing. boleh tak bawak dia pergi jumpa vet pastu tinggal je. huaaaaaaaaa tak tau nak buat macam mana. kesiannnnnn. kadang-kadang kucing buta ni pergi tempat lain jugak. dua tiga hari tak nampak dia. tadi baru nampak. kesiannyaaaa. macam mana dia teruskan hidup ek. sedihnyaa

ok lah, thanks for reading. toodlesss



Monday, May 13, 2013

awkward

May 13, 2013 0
awkward
hai guys! ops... Assalamualaikum..

lama sudah kita tak update blog. dulu kekonon berazam nak rajin berblog, tapi haremmm. tak jugak konsistennya. kejap update kejap idok. dah rupa mcm chipsmore dah.

ohh ye, sempena hari ibu semalam, SELAMAT HARI IBU. tiap-tiap hari pun hari ibu. tapi special sikitlah kan semalam. tapi kan......rasa awkward nak wish depan-depan. last-last sampai ke sekarang ni tak ucap pun.dulu dah biasa kat asrama msg/call mama je. sekarang bila depan-depan. segan aih. mama jangan terasa tau.

dengan gigihnya aku buat kad ucapan. kad ke? nipis je aku rasa A4 paper ni, tapi tak kira. buat jugak. nak jugak bagi mama esok walaupun terlewat. siap letak gambar mama terang tang tang lagi. huhu.

mama, nim dengan adik-adik sayang sangat kat mama. mama lah the best super mom yang kitorang ada. apa kitorang nak semua mama akan cuba tunaikan. terima kasih mama for everything. everything ma. tak terbalas jasa mama melahirkan, membesar, menyusu, menjaga, mendidik kami adik-beradik *sobsobsob

terima kasih mama. we love you. muahhhh!

sayangi dan berbaktilahkepada ibu/mak/mama/umi/mummy anda sebaiknya sementara mereka masih ada. ehh tak lupa jugak untuk abah/ayah/abi/walid/papa/daddy korang jugak

ok lah dah mengantok. toooooooooooooodles!