Mari berselawat - Tasnim Hafidz

Thursday, January 24, 2013

Mari berselawat

Assalamualaikum dan Salam Maulidur Rasul semua :)

Hari khamis yang indah ini, bersempena 24 Januari 2013, bersamaan 12 Rabiulawal 1434H, merupakan hari yang bersejarah dalam sejarah Islam, dimana lahirnya seorang insan yang mulia iaitu nabi kita, Nabi Muhaammad S.A.W. Di bawah ni ada sedikit serba serbi info mengenai biodata Baginda S.A.W.


Biodata ringkas Rasulullah S.A.W :


  • Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim bin Abdul Manaf
  • Tarikh lahir : Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (Tahun Gajah)
  • Tempat lahir : Di rumah Abu Talib , Makkah Al-Mukarramah
  • Nama Bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim
  • Nama Ibu : Aminah bt Wahab bin Abdul Manaf
  • Ibu susuan pertama : Thuwaibah 
  • Ibu susuan kedua : Halimah binti Abu Zhuaib As-Sa'diah
  • Tarikh wafat : Hari Isnin, 12 Rabiulawal, tahun 11 Hijrah bersamaan 8 Jun, tahun 632 Masihi.
  • Tempat wafat : Madinah Al-Munawwarah.
  • Usia ketika wafat : 63 tahun.





Secara ringkas, bersempena Maulidur Rasul ini, marilah kita bersama-sama memperbanyakkan berselawat ke atas Baginda S.A.W. tak semestinya time maulud nabi je baru kita nak berselawat. sepatutnya setiap hari kita amalkan berselawat ni. kita ni patut bersyukur kerana kita tergolong dalam kalangan umat Muhammad. sebabnya, sehinggakan ke nafas terakhir pun, Baginda masih lagi ingat kat kita. 

Marilah kita ambil sedikit masa, ehh tak, banyak masa pun boleh dan berselawat ke atas Baginda ya saudara saudari sekalian 


jaga diri, jaga hati, jaga iman. Assalamualaikum!

No comments:

Post a Comment