January 2013 - Tasnim Hafidz

Thursday, January 24, 2013

Mari berselawat

January 24, 2013 0
Mari berselawat
Assalamualaikum dan Salam Maulidur Rasul semua :)

Hari khamis yang indah ini, bersempena 24 Januari 2013, bersamaan 12 Rabiulawal 1434H, merupakan hari yang bersejarah dalam sejarah Islam, dimana lahirnya seorang insan yang mulia iaitu nabi kita, Nabi Muhaammad S.A.W. Di bawah ni ada sedikit serba serbi info mengenai biodata Baginda S.A.W.


Biodata ringkas Rasulullah S.A.W :


  • Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim bin Abdul Manaf
  • Tarikh lahir : Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (Tahun Gajah)
  • Tempat lahir : Di rumah Abu Talib , Makkah Al-Mukarramah
  • Nama Bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim
  • Nama Ibu : Aminah bt Wahab bin Abdul Manaf
  • Ibu susuan pertama : Thuwaibah 
  • Ibu susuan kedua : Halimah binti Abu Zhuaib As-Sa'diah
  • Tarikh wafat : Hari Isnin, 12 Rabiulawal, tahun 11 Hijrah bersamaan 8 Jun, tahun 632 Masihi.
  • Tempat wafat : Madinah Al-Munawwarah.
  • Usia ketika wafat : 63 tahun.





Secara ringkas, bersempena Maulidur Rasul ini, marilah kita bersama-sama memperbanyakkan berselawat ke atas Baginda S.A.W. tak semestinya time maulud nabi je baru kita nak berselawat. sepatutnya setiap hari kita amalkan berselawat ni. kita ni patut bersyukur kerana kita tergolong dalam kalangan umat Muhammad. sebabnya, sehinggakan ke nafas terakhir pun, Baginda masih lagi ingat kat kita. 

Marilah kita ambil sedikit masa, ehh tak, banyak masa pun boleh dan berselawat ke atas Baginda ya saudara saudari sekalian 


jaga diri, jaga hati, jaga iman. Assalamualaikum!

Wednesday, January 23, 2013

kerana nila setitik

January 23, 2013 0
kerana nila setitik
Assalamualaikum uolls!

kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. tapi kan, kenapa susu? kenapa bukan air? kenapa tak sirap bandung? ehhh. apesal pulak nak letak nila kat susu? ada kena mengena ke dengan susu? nila kan untuk birukan baju. ehhh tak faham lah aku. muahahaha

setelah terjadi beberapa tragedi ngeri beberapa hari yang lalu, baru aku perasan bertapa pentingya komunikasi dua hala. kalau tak terjadilah kisah yang boleh diaadaptasikan dpd peribahasa di atas lalu menjadi sebuah drama melayu yang begitu terkenal seantero Malaysia....je... hahahaa

komunikasi yang berkesan :

1) Yang menyampaikan mestilah, wajiblah, haruslah memastikan info yang hendak disampaikan itu adalah benar sebenar benar benarnya.

2) Yang menerima pula, mestilah mendengar apa yang disampaikan itu dengan jelas, terang dan nyata tanpa dengung serta mengesahkan info yang diterima.

oke semua? boleh faham? iolls rasa dua tu je yang penting. ni falsafah dr. tasnim hafidz(kemain aku letak doktor tu) sendiri berdasarkan pemerhatian ke atas beberapa tragedi ngeri yang telah dan sedang berlaku. nampak rajin tak i buat pemerhatian? *riakface.jpg*

bukan apa, disebabkan kita salah sampai kan infio, kita boleh menyusahkan orang lain di sekitar kita. kesian deme tu, tak memasal jadi mangsa. haru biru kejap hidup. bila dah terjadi macam gini, mulalah timbul pelbagai reaksi dari pelbagai pihak. bila dah pelbagai reaksi, so pelbagai perkara boleh timbul.

mungkin ada yang kurang berpuas hati dengan apa yang terjadi. bila dah kurang berpuas hati aku, mestilah ada rasa sedikit bengang. lalu ada yang terasa dan merasa sendiri. ehhhh. emosi orang kan? bukannya kita boleh predict apa yang dia rasa.

seelok-eloknya, bila kita dah tersalah menyampaikan info tu,amatlah disarankan agar kita memohon maaf atas ketelanjuran kata. bukan kita yang minta pun nak bagi salah-salah info ni. benda nak jadikan. yang menerima info yang salah ni pulak, jangan lah cepat melenting. sepatutnya, dorang ni kena lah confirm kan sendiri jugak info tersebut dengan pihak ketiga (yang menyuruh agar info tersebut disampaikan). relax lah walaupun kau rasa macam nak sepak , maki je orang, especially manusia yang terbagi  info yang salah time tu. hihihihi

apa-apa pun, every problems can be solve right? watlek watcool watpeace. lepakzz ngeteh dulu. barulah masalah boleh diselesaikan dengan cara yang terbaikzzzz. no hard feeling...okay guys? gooooood *thumbs up*

jaga diri, jaga hati, jaga iman. tooooooodles!







Friday, January 18, 2013

nasi kerabu

January 18, 2013 2
nasi kerabu
Assalamualaikum sedara!

tadi bukak dashboard nampak abg Ben post pasal nasi kerabu and nasi dagang. alamak terliur terus kita. dah lah memang teringin nak makan nasi kerabu. rabu hari tu ada jugak beli tapi tak puas lah makan. hahaha. rasa nak beli lagi. lagi pun hari ni jumaat ada pasar malam kat melang tapi takda siapa nak teman. nak kirim pun tak tau siapa yang pergi. last-last mengidam lah aku sesorang sebab tak dapat makan nasi kerabu.

sebelum ni tak pernah suka pun nak makan nasi kerabu ni. selalunya aku makan nasi dagang sebab aku minat laut ikan tongkol tu. hehehe. masa bila ntah, kat kolej ni lah. tengok kawan makan nasi kerabu, macam sedap je. tu yang hari rabu tu try beli kat pasar malam kolej, and guess what? memang sedap. sedap sangat! 

huaaaaaaa, rasa macam nak terbang pergi melang je sekarang ni sebab nak beli nasi kerabu tu. mihmihmih. tapi takpe lah, bukan rezeki aku nak makan nasi kerabu hari ni. takpe, rabu minggu depan aku nak beli awal-awal takut habis. hamik kau.over betul. 


emmmm dapnya tengok gambar ni. alahai bahagianya kalau dapat makan *terliurface.jpg*





Thursday, January 17, 2013

Listen! Listen! Listen!

January 17, 2013 0
Listen! Listen! Listen!
Assalamualaikum geng!

post ni takda kene mengena pasal isu 'listen' tu. malas nak komen.

kita nak shared something ni. tengok lah gambar di bawah:


comel kan gambar ni? cute je aku tengok. dengan tayar satu terkopak. setahu aku, viva ni masih tersadai kat bengkel. and drivernya selamat. alhamdulillah. masa accident berlaku, si driver hanya mampu tergelak akibat terkejut. beberapa jam kemudian barulah si driver rasa sakit. sengal bukan. tiada sesiapa yang cedera teruk. cuma terhentak sikit mungkin. 









Entri sebelum tidur

January 17, 2013 0
Entri sebelum tidur
Dalam kepayahan menaip guna blackberry tersayang pelbagai guna ni, aku gagahkan jugak nak menaip satu entry sebelum tidur. motif aku buat cenggini? Entah. Aku pun tak tau. saja-saja je ni. Mungkin entri ni sebagai konklusi apa yang berlaku seharian sebelum aku tidur. hehehe

Hari ni ada satu kelas sepatutnya (lab sebenarnya) tapi last-last minit baru bagi tau yang lab takda. oh my Allah, dah sampai kat depan lab baru nak bagi tau. bazir baju yang aku pakai tadi. ingat nak ulang pakai baju yang sama je lah esok. lantak pi orang nak cakap apa pun. wekwek

So, esok pun hanya ada satu kelas and ada test di malam hari. test food microbiology. aku baca gitu-gitu je tadi. esok baru nak menumpukan sepenuh perhatian. mungkin. hahaha. wish me luck. Doakan aku boleh jawab. Terima kasih. oke dah boleh tidur. bye bye. Assalamualaikum~



Tuesday, January 15, 2013

Aku Masih Setia - Dia Fadila

January 15, 2013 0
Aku Masih Setia - Dia Fadila

Kini telah tiba masanya
Untuk kita berbicara
Tentang hubungan ini
Yang makin dingin dan menyepi
Teman-teman ku membawa berita
Berita kecuranganmu
Namun aku masih mampu
Masih ku bertahan kerana
(Korus)
Aku masih setia
Namun kesabaranku ada batasnya
Mungkin jua kerna
Aku masih menyintai
Bukan ku menyalahkan
Hanya sekadar ingin mengingatkan mu
Agar cinta ini
Kembali bahagia
Semakin kusut ku rasai
Hari berganti hari
Engkau terus membisu
Egomu makin membelenggu
Apakah aku yang keliru
Bingung dikaburi cemburu
Atau sememangnya dirimu
Sebenarnya begitu
Aku bukan boneka
Yang bisa kau lakukan semahunya
Namun cinta ini
Ku bertahan
Dan kerana
Aku masih setia..
Di sudut hatiku
Masih percaya
Dikau kembali seperti semula
Dikaukan kembali...
Sayang..
credit to : [ Aku Masih Setia lyrics found on http://lyrics.my ] 

ni antara lagu recently played kat mp3 aku. kalau dah dok ulang-ulang lagu yang sama tu kira aku dah masuk mood merindui, tak puas hati dengan sesorang yang senyap menyepi tak bagi tau apa-apa kat aku macam aku ni tunggul-kayu-yang-takda-perasaan! apa-apa aku masih setia. aku masih menunggu ye inche Zam. phone aku tu masih setia tunggu call/message dari kau. kalau payah sangat, aku call angkat lah. sekian~

Minyak chin

January 15, 2013 0
Minyak chin
Assalamualaikum korang-korang!

siapa tengok bola?? Aku sokong JohorDarulTakzim. Luaskan kuasamu Johor! mihmihmih. mintak-mintak johor menang. 

ok tamat pasal bola. sekarang nak cerita pasal minyak. meniaga minyak mesti dapat banyak duit kan. tapi kalau meniaga minyak ni, dapat banyak jugak. ada set combo lagi tau. double D combo. duit + dosa. then, jatuh syirik sebab menyukutukan Allah. apa lagi kalau bukan minyak angin. ehhh salah, minyak dagu.

ahad lepas keluar dengan kawan kita pyka maharani. saje jejalan cuci mata sambil bawak beg pink. mihmihmih. pagi tu keluar dengan ngah dulu pergi jusco sebab minah tu nak beli stock makanan bawak balik asrama. dah puas membeli, pyka call kata dia dah sampai. kitorang makan-makan dulu kat jusco then baru gerak umall.

setelah berfikir dua tiga kali, kitorang decided nak tengok cerita Minyak Chin. hahaha. time ni memang aku acah-acah berani lah nak tengok cerita seram. hihihi. tengok movie sambil kunyah popcorn. konon-konon tak takut sangat kalau tengok cerita hantu sambil makan. last-last aku main tutup-tutup mata guna tangan jugak. kekadang rasa macam rugi tengok cerita hantu tapi dok terpejam-pejam mata. 

hantu dia tak seram mana pun. hihihi(ayat bajet) cuma bunyi macam harimau mengeram dah. hahaha. hantu takda dagu. kesian mayat perempuan tu tak memasal guna utk benda khurafat. mula-mula tengok, ingatkan Johan(Fizo) yang nak meminyak dagukan si Emelda(yana) sebab mel cinta lama dia. tapi rupa-rupanya Azman(fezrul khan), bekas tunang Mel yang meminyak dagukan dia. aku ingatkan dua-dua yg guna sebab semua nak buat muka jahat. kalau betul dua-dua guna taknak macam bergaduh pulak syaiton tu sesama sendiri dalam badan Mel tu. mihmihmih

biasalah, bila guna benda khurafat sepat segala ni mesti ada pantangnya. bila ada pantang, mesti nak langgar pantang. biasalah, melayu mudah lupa. last-last hantu tu cari dia sendiri. kantoilah dia guna minyak dagu. last-last Azman mati kena sambar petir. macam tu je. nampak tak permainan dia? tak seram mana pun. hahahaha. kalau nak tengok, tunggu je lah kalau-kalau ada yang nak upload kt youtube. buat rugi je tengok wayang. aku ni pun, sebab memang dah nak tengok kat wayang kan, so tengok je lah. hantu chin chin. hahaha. dengan hantu-hantu tu kena panah petir.macam kelakar pun ada. hahaha

bila-bila nanti nak tengok movie Pada Suatu Cinta Dahulu. macam best. cerita cinta-cinta monyet. bila tengok thrailer macam kelakar, mihmihmih. apa-apa pun.......boleh blah lah cerita ni. haha. 

p/s: Anda adalah dilarang sama sekali untuk mengamalkan sebarang aktiviti yang bersifat khurafat, syirik dan boleh membatalkan iman!

jaga diri, jaga hati, jaga iman. bye bye

Thursday, January 10, 2013

cerita pengalaman

January 10, 2013 0
cerita pengalaman
Assalamualaikum. hello ebelibadi!

hujan lebat + angin kencang + guruh/kilat - bumbung takda = basah lencun

nampak tak equation di atas. oh itu hanya linear equation. semua boleh faham kan? mihmihmih. aku rasa nak bercerita, tapi yang ini more tu pengalaman aku waktu hujan bila tengah bekerja kat Gerai Mahyah (mak kita,peace!). kalau siapa pernah pergi, gerai mak aku belah hujung. so bumbung sikit je belah tepi tu. kalau time hujan, semua buat drama kelam kabut angkat makanan masing-masing pindah meja lain. yang kami(pekerja) mula kelam kabut tutup apa jua makanan dari terkena hujan. memang kompom basah lecun lah kan. satu sebab angin pun bertiup bukan sepoi-sepoi bahasa lagi dah. ghairah sangat nak bertiup slow-slow. semua ganas-ganas. mihmihmih.

kesian kat customer yang dress up lawa-lawa tu, rambut pacak-pacak, kasut kulit mahal, basah jugak nanti kena hujan. wakakaka. ish jahat aku. tapi selalunya aku dan ahmad(adik) mengambil kesempatan main hujan. yeay! seperti kanak-kanak riang aku bermain hujan. syokkk. oke aku tipu. amad je yang main hujan, bukan aku. aku ni setakat acah-acah hulur tangan kaki kat hujan tu je. mihmihmih. time hujan lebat ditambah dengan angin kencang, selalunya proses menggoreng cucur udang tergendala sebentar. lepas dah reda baru sambung balik. nanti perasan lah ada beberapa puntung rokok bersepah kat lantai. hujan kan, mestilah sang arjuna hendak memanaskan badan mereka. 

pernah sekali waktu cuti sem yang lepas, time tu dengan bunyi petir/guruhnya kuat, kilat sambung-menyambung. lantai kat depan gerai Cik Tipah kena petir. waktu tu ada satu pakcik betul betul sebelah tempat kejadian. pakcik tu, jangan ceritalah. kompom terkejut + takut. hahaha. esoknya tengok pakcik tu dah botak. hahaha. motif? aku pun tak tau. tapi aku rasa mesti pakcik tu bersyukur sangat-sangat sebab bukan dia yang kena panah dengan petir tu. nampak kepecahan lantai tu agak besar jugak lah. customer yang duduk kat kedai sebelah kata, dorang nampak kilat tu macam lalu kat wayar letrik kat kedai mak aku. blackout kejap. pehh seram. aku memang betul-betul kat area kawasan yang dorang cakap tu, nasib baik takda apa-apa. syukur. 

maaf kalau rasa tak menarik. ohh ye, katanya johor kena angin kencang dua tiga hari lepas. tanya mama, mama kata ya. mama bbm bagitau ada steel kedai mana ntah terbalik pecah sebab angin kuat sangat. kat kedai takda pape yang terjadi. alhamdulillah. esok nak balik johor lah. saja rasa nak balik. hihihi. selamat berehat semua.

jaga diri, jaga hati, jaga iman. bye bye semua. Assalamualaikum! 






Tuesday, January 08, 2013

comel. teringat.

January 08, 2013 0
comel. teringat.



pada tarikh kejadian, check phone je nampak ada org whatsapp. sekali tengok, ada gambar-gambar ni. terharu. rajin betul kawan aku yang sorang ni. hahaha. btw, dia suruh pilih salah satu. aku kata aku nak tiga-tiga. haha. thanks domo. akan ku simpan gambar ni :D

Monday, January 07, 2013

no comment

January 07, 2013 0
no comment
aku rasa malas sangat.
 stress sangat.
 fed up sangat.
 banyak sangat kerja. 
awal-awal dah banyak benda nak kena buat.  
haih apa lah nasib. 
the end.



Saturday, January 05, 2013

sudah basi? (new year entry)

January 05, 2013 0
sudah basi? (new year entry)
Assalamualaikum and hello there! 

serasa aku takda lah aku ni lambat sangat nak wish new year dekat korang semua. so, Happy New Year guys! tak basi lagi kan? mihmihmih

sinonim dengan tahun baru, mestilah ada azam baru kan. aku tak sure lah aku ada azam baru ke idok. selalunya berazam bukan main lagi tapi satu pun tak jadi. tapi takpelah. maybe azam aku tahun ni:

i) Nak dapat dekan lagi. In shaa Allah. doakan aku :)
ii) Nak laptop baru. abah janji smart pc.ekekeke
iii) Nak amik lesen kereta. maybe
iv) Nak jadi anak yang baik sentiasa. Syg abah dengan mama!
v) Nak menikah. ehh? haha

nampak gatalkan yang last sekali tu. oke abaikan. yang tu hanya masa yang menentukan. rasanya itu je lah kot azam aku untuk tahun ni. tapi sebenarnya, nampak lebih kepada apa yang aku nak je kan. hahaha. so kita tunggu je lah, tercapai ke tidak hajat aku ni. 

sempena dengan tahun baru ni lah kan, aku rasa jiwa aku pun dah baru lah. aku rasa macam aku dah beralih untuk berminat dengan stuff stuff yang berwarna pink! comel sangat! semalam je aku baru tukar purse aku dari kaler hitam jadi kaler pink! aku repeat. pink! wakakaka. sekarang rasanya dah berminat dengan warna pink,maroon, dan sengakatan dengannya. kaler perempuan gitu. ecehhh. tahun baru kan, semua pun nak baru. nyenyenye

akhir kata, Selamat Tahun Baru. semoga tahun 2013 terlakar dengan perkara yang indah-indah berlaka. jaga diri, jaga hati, jaga iman. bye2