2013 - Tasnim Hafidz

Wednesday, December 25, 2013

Cerita aku.

December 25, 2013 0
Cerita aku.
Assalamualaikum.

Memang dari awal lagi aku dah pasang niat, aku buat blog ni sebab nak share pasal cerita perihal diri. memang akan ada cerita pasal aku, aku, aku dan aku. termasuklah keluarga dan kawan-kawan. so tak salah kan kalau aku share apa yang aku rasa boleh untuk diceritakan untuk tatapan umum.


Tapi kalau ada yang rasa macam aku ni share benda-benda yang mengarut pada pandangan dia tapi bukan aku, silalah tekan butang pangkah di sebelah kanan anda. habis cerita.


Bukan apa, orang tak suka, tak boleh lah nak paksa suka. dah macam desperate pulak kan. aku cakap je ni. bukan apa, ada sedikit rasa tersentap bila ada seseorang tu cakap, ntah apa-apa je aku cerita kat blog ni. memang ntah apa-apa pun. tak suka, sudah. tak suruh baca pun. hikhik.


Keluarga kat Johor pergi bercuti kat Muar. katanya abah teringin nak makan satay cikgu yati. hehe. aku tak kesah pun. bercuti lah. hari ni pun aku memang bercuti yang sebenar-benar cuti. tidur je dari tengah hari sampai petang. sakit dah badan ni. adehhh


so until the next entry. have a blast day. xoxo.
Me






Sunday, December 15, 2013

Sesal.

December 15, 2013 0
Sesal.
Assalamualaikum. 

Sihat semua? Aku tak sihat. Tak sihat fizikal dan mental. Fizikal tak sihat sebab selesema, batuk, demam 5 minit and sakit tekak.

Mental plak tak sihat sebab, skrin laptop pecahh! Huwaaaaa. Sedihnya. Ni lah satu satunya laptop yang tinggal.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian. Menangis lah. Apa lagi. Tapi memang boleh guna lagi cuma suku tu rosak.

Mama kata nak belajar nanti baru repair. Baik bos. Tsk tsk tsk.

Thanks for reading.  Jaga diri, hati & iman. xoxo. byebye

Saturday, December 14, 2013

Sayang.

December 14, 2013 0
Sayang.
Assalamualaikum

actually, kita ada buat blog lain. sebab utama dibuat, nak edit cantik cantik comey comey lah kekonon nya. bila comey boleh lah nak edit kat blog TH ni tapi hampeh, rasa cantik kejap je. sekarang rasa bosan dah dengan design yang sedia ada.


last last back to simple template. kahkahkah. aku memang cepat bosan. agak merisaukan fe'el yang satu ni. merisaukan untuk suatu ketika di masa depan nanti. ahh sudah. ignore.


aku agak sayang dengan blog Tasnim Hafidz ni. lagi pun blog ni dah lama hidup. ada lah jugak berpuluh kawan. soooooooooo agak sayang untuk di abaikan macam tu je lalu aku buat keputusan untuk tetap kemas kini blog yang simple ni. ngeheeee


yang blog lagi satu tu, ada juga aku kemas kini tapi faham faham lah si pemalas tasnim ni. agak dah lama baru nak muncul. memang trafik tak gerak lah. tak ada siapa yang sudi nak jengah sebab tak dikemas kini. hehe


Thanks for reading. xoxo. byebye

seketika

December 14, 2013 0
seketika
Assalamualaikum 

Manusia.
Lumrahnya, tak sempurna.
Pada Tuhan mahupun sesama manusia.
Kena sedar diri.
Hidup ini seketika.
Bukan untuk selamanya.
Dunia sementara.
Akhirat menanti.
Banyakkan amalan tinggalkan larangan.
Dosa di pandang sepi, pahala di ambil berat.
Bukan nak cakap gebang menunjuk, tapi peringatan. 
Buat diri sendiri.
Dan yang tersayang.
Hanya seketika. 
Beringatlah.

xoxo. tasnim 

Sunday, September 29, 2013

Miss them

September 29, 2013 0
Miss them
ASSALAMUALAIKUM

bila tengah-tengah runsing, kelam-kabut, stress ni mulalah aku rindu kat mereka. rasanya kalau dapat tengok muka mereka, especially mereka berdua, rasa hilang segala kerunsingan yang melanda. omma, appa, nim rindu. nak balik. sobsobsob. dikna dengan hensem pun kakak rindu. huaaaaaa

sabau tasnim. 6 hari lagi. 3 paper lagi. fighting! 





Saturday, September 28, 2013

no title

September 28, 2013 0
no title
recent activity during final exam week:

  1. On laptop
  2. Open 'Folder Music'
  3. Click 'Play All'
  4. Maximize volume
  5. Earphone on 
  6. Open notes
Bismillah...... 

Sunday, September 22, 2013

Huru Hara

September 22, 2013 0
Huru Hara


Ali : Minggu depan final exam
Me: Err come again? 
Ali : Minggu. Depan. Final. Exam *sarcasm* Rabu kan kita dah start paper. ENT. kau lupa?
Me: Aku lupa ea? Ehh entahlah. Tak. aku buat-buat lupa. Omma. stressnyaaaaaaaaaaaa. lagi dua hari je dah start paper ENT. dah lah gap tak banyak. selang sehari je. sobsobsob. macam mana kalau tak dapat jawab? :(
Ali : so, pergilah study. ni buat benda lain. memang lah tak dapat jawab nanti.
Me: *zappppp!* Yelah-yelah aku study.

Ali memang suka buat aku sentap. Wish me luck for this coming huru-hara week. toodlesss

Thursday, May 16, 2013

Kucing

May 16, 2013 0
Kucing
Assalamualaikum.. hello

bila ternampak orang tweet pasal kucing. cepat-cepat aku bukak blog dengan rakusnya sebab nak update pasal kucing.

aku tak minat dengan species ni tapi aku taklah zalim sangat nak sepak teranjang kucing-kucing ni. kadang-kadang tu kesian tengok kucing yang kelaparan, sakit and macam-macam lagi lah. kucing ni... sunnah menyayanginya sebab Rasulullah S.A.W pun sayang kucing.

kalau kat kedai, banyak jenis kucing dah aku dok main nyork-nyorok dengan dorang. ehhh. hahaha. tipu je tu. acik sebelah kedai mak aku yang rajin nak bela kucing ni. ada nama Tom, Cimi, Comel, Lanun and apa ntah lagi. Tom ni jantan. pastu suka ngendeng-ngendeng kat aku mintak makanan. kalau dia datang kt aku sambil buat bunyi manja gitu. tau lah nak makanan. pastu bila dengar aku potong ayam, amboi laju je dia datang. satu lagi time dia mintak makanan, time-time magrib. bagus tom ni. makan sebelum pukul 8. hahahaha

ramai orang suka buang kucing kat kedai makan sebab fikir kat kedai makan ni kucing boleh cari makanan kot so then dorang tak mati kebulur. ada sekali tu, aku ingatkan orang tu tengah nak betulkan motor ke apa sebab terlindung dengan bendera biru. tapi aku pelik, bunyi anak kucing dok meow meow jelas sangat. tetiba mamat motor tu blah. abang yang ada dekat situ kata mamat tu buang kucing. ohhh my, aku tak suka dengar anak kucing meow macam tu. rasa sayu je. anak kucing tu mestilah cari mak dia. ishh kalau ya pun nak buang kucing, buang lah sekali dengan mak dia. kesian tau kat anak kucing tu

ada lagi satu ni, kucing tu buta. kesian sangat. jalan terhuyung hayang. kejap-kejap terlanggar kerusi. nak nangis tengok. aku bagi makan, kena bagi makanan tu dekat dengan mulut dia. mana dia nampak kan. aku tak nampak biji mata dia. merah je. pastu macam banyak taik mata. mesti bacteria infection. nak bawak dia pergi rawat tapi aku bukan jenis bela kucing. boleh tak bawak dia pergi jumpa vet pastu tinggal je. huaaaaaaaaa tak tau nak buat macam mana. kesiannnnnn. kadang-kadang kucing buta ni pergi tempat lain jugak. dua tiga hari tak nampak dia. tadi baru nampak. kesiannyaaaa. macam mana dia teruskan hidup ek. sedihnyaa

ok lah, thanks for reading. toodlesss



Monday, May 13, 2013

awkward

May 13, 2013 0
awkward
hai guys! ops... Assalamualaikum..

lama sudah kita tak update blog. dulu kekonon berazam nak rajin berblog, tapi haremmm. tak jugak konsistennya. kejap update kejap idok. dah rupa mcm chipsmore dah.

ohh ye, sempena hari ibu semalam, SELAMAT HARI IBU. tiap-tiap hari pun hari ibu. tapi special sikitlah kan semalam. tapi kan......rasa awkward nak wish depan-depan. last-last sampai ke sekarang ni tak ucap pun.dulu dah biasa kat asrama msg/call mama je. sekarang bila depan-depan. segan aih. mama jangan terasa tau.

dengan gigihnya aku buat kad ucapan. kad ke? nipis je aku rasa A4 paper ni, tapi tak kira. buat jugak. nak jugak bagi mama esok walaupun terlewat. siap letak gambar mama terang tang tang lagi. huhu.

mama, nim dengan adik-adik sayang sangat kat mama. mama lah the best super mom yang kitorang ada. apa kitorang nak semua mama akan cuba tunaikan. terima kasih mama for everything. everything ma. tak terbalas jasa mama melahirkan, membesar, menyusu, menjaga, mendidik kami adik-beradik *sobsobsob

terima kasih mama. we love you. muahhhh!

sayangi dan berbaktilahkepada ibu/mak/mama/umi/mummy anda sebaiknya sementara mereka masih ada. ehh tak lupa jugak untuk abah/ayah/abi/walid/papa/daddy korang jugak

ok lah dah mengantok. toooooooooooooodles!


Wednesday, April 03, 2013

tamaknya manusia

April 03, 2013 0
tamaknya manusia
bila cakap pasal manusia bernama tasnim, dia mempunyai unlimited desired yang tak mampu nak di atasi disebabkan oleh limited resources yang ada. fuhhh, ayat economy ni. hahahah.

'Tasnim Hafidz Seorang Yang Tamak'

yup, memang betul ayat tu. aku tidak menidakkannya 100%. kalau boleh semua benda yang ok pada pandangan mata aku aku nak. lagi-lagi kalau gadget ni. semua aku nak. dari jenama ni ke jenama tu. dari jenis ni ke jenis tu. pantang lawa dan menarik. aku mesti nak. tak nampak tamak lagi ke tu? kalau tak nampak ada lagi ni. kalau bab baju, beg, etc. yang mana cantik, memang aku dok bernyanyi lah mintak kat mak nak beli benda tu, walaupun dah ada yang lebih kurang sama. but of course lah duit sendiri. tak main duit mak abah ni. memang lah tak main duit parents ni sebab diorang tak nak support. muehehehe

ni time cuti sem yang akan datang ni aku dah plan siap-siap nak kerja. then belilah apa yang aku inginkan tu setakat yang termampu. haaa, bila fikir pasal raya, dah sibuk dah aku fikir mana nak tempah baju raya. ingat nak pakai baju kurung peplum tu tapi...................hehehe...kalau boleh nak lah rasa pakai macam tu jugak..nanti ajak mak su pakai macam tu jugak lah. hahaha

bila aku membuat proposal untuk dibentangkan pada mak aku apa benda yang aku nak, selalunya akan direject. pecah berderai keinginan aku. takpelah try lah dulu nanti time cuti sem ni. untung-untung di approve, mana tau kan. okeylah, nak sambung study ekonomi yang........err tak mampu aku terangkan.. 

bye bye. Assalamualaikum~







Tuesday, March 19, 2013

Tahniah!

March 19, 2013 0
Tahniah!
Tahniah kawan untuk kejayaan kau dlm STPM ni. 
semoga berjaya dunia & akhirat. jauh lagi perjalanan kejayaan tu.
dah berjaya jangan lupa aku.
 ehhh salah, nak lupa pun boleh. aku ni kawan tak guna. 
keje nak sakitkan hati orang je. 
ok lah, salam sayang peluk cium rindu dari aku.
 Tahniah pyka.................! 



perangai buruk tak pernahnya nak hilang, fedup dah aku. btw, tahniah untuk yang lain-lain jugak. especially, Dyla, Ainul. korang hebat. 














Saturday, March 16, 2013

Final exam

March 16, 2013 0
Final exam
Final exam dah dekat. persediaan? hampeh. tak mula pun lagi. paper berderet dari hari first ke hari ketiga. masa tengok jadual exam sebelum, punyalah khusyuk dok bebel kenapa jadual berderet tapi kesedaran diri tu masih tak ada lagi. hari ni tak pandang pun segala kerja dan tutorial. dok berlingkar atas katil macam ular. pemalas betul aku ni....

doakan aku boleh jawab final exam dengan baik nanti. semoga dapat lagi seperti yang aku ingin kan setiap semester. tak sabar nak cuti sem. boleh tolong mama. kesian mama takda sapa nak tolong. mama tunggu nim balik ea nanti. tak lama dah. rindu keluarga di johor..




bye semua.... Assalamualaikum














Friday, March 01, 2013

Happy Birthday Sayang

March 01, 2013 0
Happy Birthday Sayang
Ke hadapan Syahila bt Mohamed, 

selamat hari jadi. happy birthday. saeng-il chugha. sanah helwah. shengri kuaile dan semua yang sewaktu dengan nya! May Allah bless you always!

yeayy! syila tua dulu, 25.2 lepas alina. hari ni syila punya turn pulak. selamat ber20an. hahaha, aku lambat lagi. baru lepas 19an. hahaha. semoga bahagia selalu. berjaya dunia akhirat. cepat kahwin. ehhhh? hahaha. hadiah takda lagi lah. duit asyik tak cukup je. huhuhu 

sekian saja dari tasnim. happy birthday yanggg :)

gigihnya muka syila tersenyum. haha. sayang anda kawan 



Wednesday, February 20, 2013

random stories

February 20, 2013 1
random stories
Assalamualaikum kekawan.

bila dah mula sibuk, camgini lah jadinya. nak updated cerita, malam-malam time orang semua dah tidur. takpe, saat ini aku tengah semangat nak meniap lalu terjadinya, Random Stories

Random #1
Esok malam ada test 2 Virology. mood nak menghafal terbengkalai kejap. malas menguasai. tapi bila tang nak buat perkara lagha, rajin terus jadinya. wish me luck tomorrow night :p

Random #2
Jadual final exam dah keluar, tapi maaflah ya, aku nak mencarut sikit. jadual macam nokharom. sedihhhhhhhhh! perlu ke dekat dekat tarikhnya? tak boleh ke ada gap sehari dua? apa ni??! tak kesian ke?? ingat microbiology ni senang sangat ke?? ingat aku robot sekali baca dah masuk?? kalauu ya pun nak study awal,lumrah manusia, lambat laun lupa! erghhhhhhhhhh stresssssssssssss! terima kasih bebanyak kpd tuan dan puan yang buat jadual ni.

Random #3
semalam, aku sanggup tidur pukul 4 pagi semata-mata nak tengok naruto. hahaha, siapa kata aku tak layan, aku minat sangat-sangat kot. nasib je tak berpeluang nak follow dari awal. hehehe. banyak lah pengajaran yang kita boleh amik dari cerita anime ni.

Random #4
adik ak dapat mrsm pontian and telah pun mendaftar kat situ, tapi...... mana hilang semangat adik aku ni? baru dua hari dah call nak pindah sekolah lama balik. haiyakkk! aku ingat dia jenis kuat. yelah, dia kan selalu watlek, watcool, watpeace, sapkok je tak payah. mama abah pun dah tak tau nak buat lagu mana lagi. kerisauan terpancar di wajah memasing termasuk aku. 2 tahun je lagi adik oi. tahan je lah

Random #5
haaaa aku ada something untuk korang selesaikan. jeng jeng jeng....

5  + 5 + 5 = 550
fix it! hahaha

ni kak zura lah ni yang bagi. kalau ikot cara aku berfikir, tambah kosong je lah kat belakang tapi macam pelik pulak, hahahah.  mana dtg 550 tu kan, hehee. kalau dah tau macam mana nak buat, sila selesaikan di ruang komen. heheh tq

Random #6
ehhh kita dah mengantok. ini saja buat setakat ni. jom tidur. nak mimpi indah indah. 

jaga hati, jaga diri, jaga iman. Assalamualaikum! :p








Monday, February 04, 2013

Jangan lantang sangat

February 04, 2013 1
Jangan lantang sangat
Assalamualaikum geng! Selamat tengah hari.

Tengah hari di UiTM ni sejuk dan nyaman je sebab hujan kat luar bilik. tapi dalam hati aku panas membara. jangan lantang sangat ye tuan-tuan dan puan-puan sekalian ketika memberi pendapat. fikir dulu sebelum dengan lantangnya nak keluarkan pendapat untuk tatapan umum kalau susah sangat, timbang tara dulu guna analytical balance sebelum bercakap tu takut-takut menyinggung perasaan orang lain.. ye.. boleh faham kan? dah sampai tahap degree kan, mesti boleh faham punya. kalau tak faham, meh masuk u ni sambung diploma dulu. oke? 


jaga diri, jaga hati, jaga iman, jangan riak dan takbur. hanya mengingati. mohon maaf andai ada yang terasa.. Assalamualaikum :)










Sunday, February 03, 2013

tudung pendek ke labuh?

February 03, 2013 0
tudung pendek ke labuh?
Assalamualaikum w.b.t sedara.

ehem, dah lama tak update blog. sebelum ni rajin semacam. maaf lah ye, busy lah seminggu dua ni. dengan lab report, quiz, test, assignment. memang tak sempat pun nak update. errr sebenarnya minggu ni tak busy pun, cuma takda idea je. bila takda idea, tenung screen ni sampai tembus pun tetap tak boleh nak menaip entri baru.

tudung... hemm.. sebelum ni aku rasa aku bedal je pakai tudung hitam tak kira lah nak pergi shopping ke, jejalan ke, lepak dengan member ke or kerja kat kedai. memang. memang korang akan nampak aku dengan tudung hitam je. sometimes, satu set fully package dari atas sampai bawah semua warna hitam. hahaha, kesian kan aku. habis nak buat cam mano, kita tak reti bergaya. paling koman pun, pakai tudung purple dengan biru je sebab itu yang aku rasa masuk dengan aku. hahaha

semalam, keluar dengan housemate pergi borong tudung kat pilah. katanya bawal plain bidang 45 tu rm5 je sehelai. memang rm5 pun. murah. tapi, walaupun murah,aku tetap akan cari warna yang dah biasa aku beli. ni kalau ada adik aku ni memang dah kena bebel dah. so aku beli warna kelabu sebab takda kaler yang menarik dah. jalan jalan kedepan, nampak tudung 2 tone warna pink-pink purple...kot.. dalam hati, berkenan. tapi....tudung tu bidang 55.. besar..labuh... terdiam sebentar..nak beli ke tak ek..

lepas tu, housemate cakap,

"Belilah tasnim, awak boleh pakai lah sebab awak tinggi. tak nampak labuh sangat."

aku pun, dengan keyakinan yang ada tu beli lah tudung ni sehelai sebab malam nya ada majlis Forum Gaya Hiudp Sihat Rasulullah saw sempena Maulidur rasul yang lepas. boleh lah aku pakai dengan jubah Intan yang aku pinjam. kuikuikui. so balik dari pilah, semangat try dulu kejap depan cermin and terus basuh sebab nak pakai waktu malam nanti.

lepas isyak, siap-siaplah nak pergi forum tu. aku pun pakailah tudung besar ni. and memang tak labuh mana pun. sedang elok lah, labuh sikit lah dari yang bidang 45. sempat lah jugak bergambar dengan housmate depan cermin sebelum pergi. and aku ada satu perasaan bila pakai tudung labuh ni. aku rasa secure. serius. rasa macam terlindung lah apa yang sepatutnya. bukan sebelum ni tak terlindung. tapi yang ni rasa lebih selesa. tetiba rasa nak beli tudung mcm tu banyak-banyak. tapi kena pakai dengan pakaian yang sesuai lah.

hari ni, bbm mama. aku tanya mama, mama percaya tak nim pakai tudung bidang 55? mama kata mcm ustazah. then aku send gambar, mama just ckp. k teruskan. -.- cakap dgn mama memang macam ni. macam takda perasaan. tapi maksudnya oke lah tu...kot..heyyyy, mestilah oke.

rasanya nak cuba pakai tudung bidang besar pelan-pelan. tak lah drastik sangat. dan aku prefer dua-dua saiz bidang tudung ni. lepas ni memang keje aku borong tudung lah gamaknya. hehehehe. ehhh esok ada test, tak study lagi..

jaga diri, jaga hati, jaga iman. toodles... Assalamualaikum :)









Thursday, January 24, 2013

Mari berselawat

January 24, 2013 0
Mari berselawat
Assalamualaikum dan Salam Maulidur Rasul semua :)

Hari khamis yang indah ini, bersempena 24 Januari 2013, bersamaan 12 Rabiulawal 1434H, merupakan hari yang bersejarah dalam sejarah Islam, dimana lahirnya seorang insan yang mulia iaitu nabi kita, Nabi Muhaammad S.A.W. Di bawah ni ada sedikit serba serbi info mengenai biodata Baginda S.A.W.


Biodata ringkas Rasulullah S.A.W :


  • Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim bin Abdul Manaf
  • Tarikh lahir : Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (Tahun Gajah)
  • Tempat lahir : Di rumah Abu Talib , Makkah Al-Mukarramah
  • Nama Bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim
  • Nama Ibu : Aminah bt Wahab bin Abdul Manaf
  • Ibu susuan pertama : Thuwaibah 
  • Ibu susuan kedua : Halimah binti Abu Zhuaib As-Sa'diah
  • Tarikh wafat : Hari Isnin, 12 Rabiulawal, tahun 11 Hijrah bersamaan 8 Jun, tahun 632 Masihi.
  • Tempat wafat : Madinah Al-Munawwarah.
  • Usia ketika wafat : 63 tahun.





Secara ringkas, bersempena Maulidur Rasul ini, marilah kita bersama-sama memperbanyakkan berselawat ke atas Baginda S.A.W. tak semestinya time maulud nabi je baru kita nak berselawat. sepatutnya setiap hari kita amalkan berselawat ni. kita ni patut bersyukur kerana kita tergolong dalam kalangan umat Muhammad. sebabnya, sehinggakan ke nafas terakhir pun, Baginda masih lagi ingat kat kita. 

Marilah kita ambil sedikit masa, ehh tak, banyak masa pun boleh dan berselawat ke atas Baginda ya saudara saudari sekalian 


jaga diri, jaga hati, jaga iman. Assalamualaikum!

Wednesday, January 23, 2013

kerana nila setitik

January 23, 2013 0
kerana nila setitik
Assalamualaikum uolls!

kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. tapi kan, kenapa susu? kenapa bukan air? kenapa tak sirap bandung? ehhh. apesal pulak nak letak nila kat susu? ada kena mengena ke dengan susu? nila kan untuk birukan baju. ehhh tak faham lah aku. muahahaha

setelah terjadi beberapa tragedi ngeri beberapa hari yang lalu, baru aku perasan bertapa pentingya komunikasi dua hala. kalau tak terjadilah kisah yang boleh diaadaptasikan dpd peribahasa di atas lalu menjadi sebuah drama melayu yang begitu terkenal seantero Malaysia....je... hahahaa

komunikasi yang berkesan :

1) Yang menyampaikan mestilah, wajiblah, haruslah memastikan info yang hendak disampaikan itu adalah benar sebenar benar benarnya.

2) Yang menerima pula, mestilah mendengar apa yang disampaikan itu dengan jelas, terang dan nyata tanpa dengung serta mengesahkan info yang diterima.

oke semua? boleh faham? iolls rasa dua tu je yang penting. ni falsafah dr. tasnim hafidz(kemain aku letak doktor tu) sendiri berdasarkan pemerhatian ke atas beberapa tragedi ngeri yang telah dan sedang berlaku. nampak rajin tak i buat pemerhatian? *riakface.jpg*

bukan apa, disebabkan kita salah sampai kan infio, kita boleh menyusahkan orang lain di sekitar kita. kesian deme tu, tak memasal jadi mangsa. haru biru kejap hidup. bila dah terjadi macam gini, mulalah timbul pelbagai reaksi dari pelbagai pihak. bila dah pelbagai reaksi, so pelbagai perkara boleh timbul.

mungkin ada yang kurang berpuas hati dengan apa yang terjadi. bila dah kurang berpuas hati aku, mestilah ada rasa sedikit bengang. lalu ada yang terasa dan merasa sendiri. ehhhh. emosi orang kan? bukannya kita boleh predict apa yang dia rasa.

seelok-eloknya, bila kita dah tersalah menyampaikan info tu,amatlah disarankan agar kita memohon maaf atas ketelanjuran kata. bukan kita yang minta pun nak bagi salah-salah info ni. benda nak jadikan. yang menerima info yang salah ni pulak, jangan lah cepat melenting. sepatutnya, dorang ni kena lah confirm kan sendiri jugak info tersebut dengan pihak ketiga (yang menyuruh agar info tersebut disampaikan). relax lah walaupun kau rasa macam nak sepak , maki je orang, especially manusia yang terbagi  info yang salah time tu. hihihihi

apa-apa pun, every problems can be solve right? watlek watcool watpeace. lepakzz ngeteh dulu. barulah masalah boleh diselesaikan dengan cara yang terbaikzzzz. no hard feeling...okay guys? gooooood *thumbs up*

jaga diri, jaga hati, jaga iman. tooooooodles!







Friday, January 18, 2013

nasi kerabu

January 18, 2013 2
nasi kerabu
Assalamualaikum sedara!

tadi bukak dashboard nampak abg Ben post pasal nasi kerabu and nasi dagang. alamak terliur terus kita. dah lah memang teringin nak makan nasi kerabu. rabu hari tu ada jugak beli tapi tak puas lah makan. hahaha. rasa nak beli lagi. lagi pun hari ni jumaat ada pasar malam kat melang tapi takda siapa nak teman. nak kirim pun tak tau siapa yang pergi. last-last mengidam lah aku sesorang sebab tak dapat makan nasi kerabu.

sebelum ni tak pernah suka pun nak makan nasi kerabu ni. selalunya aku makan nasi dagang sebab aku minat laut ikan tongkol tu. hehehe. masa bila ntah, kat kolej ni lah. tengok kawan makan nasi kerabu, macam sedap je. tu yang hari rabu tu try beli kat pasar malam kolej, and guess what? memang sedap. sedap sangat! 

huaaaaaaa, rasa macam nak terbang pergi melang je sekarang ni sebab nak beli nasi kerabu tu. mihmihmih. tapi takpe lah, bukan rezeki aku nak makan nasi kerabu hari ni. takpe, rabu minggu depan aku nak beli awal-awal takut habis. hamik kau.over betul. 


emmmm dapnya tengok gambar ni. alahai bahagianya kalau dapat makan *terliurface.jpg*





Thursday, January 17, 2013

Listen! Listen! Listen!

January 17, 2013 0
Listen! Listen! Listen!
Assalamualaikum geng!

post ni takda kene mengena pasal isu 'listen' tu. malas nak komen.

kita nak shared something ni. tengok lah gambar di bawah:


comel kan gambar ni? cute je aku tengok. dengan tayar satu terkopak. setahu aku, viva ni masih tersadai kat bengkel. and drivernya selamat. alhamdulillah. masa accident berlaku, si driver hanya mampu tergelak akibat terkejut. beberapa jam kemudian barulah si driver rasa sakit. sengal bukan. tiada sesiapa yang cedera teruk. cuma terhentak sikit mungkin. 









Entri sebelum tidur

January 17, 2013 0
Entri sebelum tidur
Dalam kepayahan menaip guna blackberry tersayang pelbagai guna ni, aku gagahkan jugak nak menaip satu entry sebelum tidur. motif aku buat cenggini? Entah. Aku pun tak tau. saja-saja je ni. Mungkin entri ni sebagai konklusi apa yang berlaku seharian sebelum aku tidur. hehehe

Hari ni ada satu kelas sepatutnya (lab sebenarnya) tapi last-last minit baru bagi tau yang lab takda. oh my Allah, dah sampai kat depan lab baru nak bagi tau. bazir baju yang aku pakai tadi. ingat nak ulang pakai baju yang sama je lah esok. lantak pi orang nak cakap apa pun. wekwek

So, esok pun hanya ada satu kelas and ada test di malam hari. test food microbiology. aku baca gitu-gitu je tadi. esok baru nak menumpukan sepenuh perhatian. mungkin. hahaha. wish me luck. Doakan aku boleh jawab. Terima kasih. oke dah boleh tidur. bye bye. Assalamualaikum~



Tuesday, January 15, 2013

Aku Masih Setia - Dia Fadila

January 15, 2013 0
Aku Masih Setia - Dia Fadila

Kini telah tiba masanya
Untuk kita berbicara
Tentang hubungan ini
Yang makin dingin dan menyepi
Teman-teman ku membawa berita
Berita kecuranganmu
Namun aku masih mampu
Masih ku bertahan kerana
(Korus)
Aku masih setia
Namun kesabaranku ada batasnya
Mungkin jua kerna
Aku masih menyintai
Bukan ku menyalahkan
Hanya sekadar ingin mengingatkan mu
Agar cinta ini
Kembali bahagia
Semakin kusut ku rasai
Hari berganti hari
Engkau terus membisu
Egomu makin membelenggu
Apakah aku yang keliru
Bingung dikaburi cemburu
Atau sememangnya dirimu
Sebenarnya begitu
Aku bukan boneka
Yang bisa kau lakukan semahunya
Namun cinta ini
Ku bertahan
Dan kerana
Aku masih setia..
Di sudut hatiku
Masih percaya
Dikau kembali seperti semula
Dikaukan kembali...
Sayang..
credit to : [ Aku Masih Setia lyrics found on http://lyrics.my ] 

ni antara lagu recently played kat mp3 aku. kalau dah dok ulang-ulang lagu yang sama tu kira aku dah masuk mood merindui, tak puas hati dengan sesorang yang senyap menyepi tak bagi tau apa-apa kat aku macam aku ni tunggul-kayu-yang-takda-perasaan! apa-apa aku masih setia. aku masih menunggu ye inche Zam. phone aku tu masih setia tunggu call/message dari kau. kalau payah sangat, aku call angkat lah. sekian~

Minyak chin

January 15, 2013 0
Minyak chin
Assalamualaikum korang-korang!

siapa tengok bola?? Aku sokong JohorDarulTakzim. Luaskan kuasamu Johor! mihmihmih. mintak-mintak johor menang. 

ok tamat pasal bola. sekarang nak cerita pasal minyak. meniaga minyak mesti dapat banyak duit kan. tapi kalau meniaga minyak ni, dapat banyak jugak. ada set combo lagi tau. double D combo. duit + dosa. then, jatuh syirik sebab menyukutukan Allah. apa lagi kalau bukan minyak angin. ehhh salah, minyak dagu.

ahad lepas keluar dengan kawan kita pyka maharani. saje jejalan cuci mata sambil bawak beg pink. mihmihmih. pagi tu keluar dengan ngah dulu pergi jusco sebab minah tu nak beli stock makanan bawak balik asrama. dah puas membeli, pyka call kata dia dah sampai. kitorang makan-makan dulu kat jusco then baru gerak umall.

setelah berfikir dua tiga kali, kitorang decided nak tengok cerita Minyak Chin. hahaha. time ni memang aku acah-acah berani lah nak tengok cerita seram. hihihi. tengok movie sambil kunyah popcorn. konon-konon tak takut sangat kalau tengok cerita hantu sambil makan. last-last aku main tutup-tutup mata guna tangan jugak. kekadang rasa macam rugi tengok cerita hantu tapi dok terpejam-pejam mata. 

hantu dia tak seram mana pun. hihihi(ayat bajet) cuma bunyi macam harimau mengeram dah. hahaha. hantu takda dagu. kesian mayat perempuan tu tak memasal guna utk benda khurafat. mula-mula tengok, ingatkan Johan(Fizo) yang nak meminyak dagukan si Emelda(yana) sebab mel cinta lama dia. tapi rupa-rupanya Azman(fezrul khan), bekas tunang Mel yang meminyak dagukan dia. aku ingatkan dua-dua yg guna sebab semua nak buat muka jahat. kalau betul dua-dua guna taknak macam bergaduh pulak syaiton tu sesama sendiri dalam badan Mel tu. mihmihmih

biasalah, bila guna benda khurafat sepat segala ni mesti ada pantangnya. bila ada pantang, mesti nak langgar pantang. biasalah, melayu mudah lupa. last-last hantu tu cari dia sendiri. kantoilah dia guna minyak dagu. last-last Azman mati kena sambar petir. macam tu je. nampak tak permainan dia? tak seram mana pun. hahahaha. kalau nak tengok, tunggu je lah kalau-kalau ada yang nak upload kt youtube. buat rugi je tengok wayang. aku ni pun, sebab memang dah nak tengok kat wayang kan, so tengok je lah. hantu chin chin. hahaha. dengan hantu-hantu tu kena panah petir.macam kelakar pun ada. hahaha

bila-bila nanti nak tengok movie Pada Suatu Cinta Dahulu. macam best. cerita cinta-cinta monyet. bila tengok thrailer macam kelakar, mihmihmih. apa-apa pun.......boleh blah lah cerita ni. haha. 

p/s: Anda adalah dilarang sama sekali untuk mengamalkan sebarang aktiviti yang bersifat khurafat, syirik dan boleh membatalkan iman!

jaga diri, jaga hati, jaga iman. bye bye

Thursday, January 10, 2013

cerita pengalaman

January 10, 2013 0
cerita pengalaman
Assalamualaikum. hello ebelibadi!

hujan lebat + angin kencang + guruh/kilat - bumbung takda = basah lencun

nampak tak equation di atas. oh itu hanya linear equation. semua boleh faham kan? mihmihmih. aku rasa nak bercerita, tapi yang ini more tu pengalaman aku waktu hujan bila tengah bekerja kat Gerai Mahyah (mak kita,peace!). kalau siapa pernah pergi, gerai mak aku belah hujung. so bumbung sikit je belah tepi tu. kalau time hujan, semua buat drama kelam kabut angkat makanan masing-masing pindah meja lain. yang kami(pekerja) mula kelam kabut tutup apa jua makanan dari terkena hujan. memang kompom basah lecun lah kan. satu sebab angin pun bertiup bukan sepoi-sepoi bahasa lagi dah. ghairah sangat nak bertiup slow-slow. semua ganas-ganas. mihmihmih.

kesian kat customer yang dress up lawa-lawa tu, rambut pacak-pacak, kasut kulit mahal, basah jugak nanti kena hujan. wakakaka. ish jahat aku. tapi selalunya aku dan ahmad(adik) mengambil kesempatan main hujan. yeay! seperti kanak-kanak riang aku bermain hujan. syokkk. oke aku tipu. amad je yang main hujan, bukan aku. aku ni setakat acah-acah hulur tangan kaki kat hujan tu je. mihmihmih. time hujan lebat ditambah dengan angin kencang, selalunya proses menggoreng cucur udang tergendala sebentar. lepas dah reda baru sambung balik. nanti perasan lah ada beberapa puntung rokok bersepah kat lantai. hujan kan, mestilah sang arjuna hendak memanaskan badan mereka. 

pernah sekali waktu cuti sem yang lepas, time tu dengan bunyi petir/guruhnya kuat, kilat sambung-menyambung. lantai kat depan gerai Cik Tipah kena petir. waktu tu ada satu pakcik betul betul sebelah tempat kejadian. pakcik tu, jangan ceritalah. kompom terkejut + takut. hahaha. esoknya tengok pakcik tu dah botak. hahaha. motif? aku pun tak tau. tapi aku rasa mesti pakcik tu bersyukur sangat-sangat sebab bukan dia yang kena panah dengan petir tu. nampak kepecahan lantai tu agak besar jugak lah. customer yang duduk kat kedai sebelah kata, dorang nampak kilat tu macam lalu kat wayar letrik kat kedai mak aku. blackout kejap. pehh seram. aku memang betul-betul kat area kawasan yang dorang cakap tu, nasib baik takda apa-apa. syukur. 

maaf kalau rasa tak menarik. ohh ye, katanya johor kena angin kencang dua tiga hari lepas. tanya mama, mama kata ya. mama bbm bagitau ada steel kedai mana ntah terbalik pecah sebab angin kuat sangat. kat kedai takda pape yang terjadi. alhamdulillah. esok nak balik johor lah. saja rasa nak balik. hihihi. selamat berehat semua.

jaga diri, jaga hati, jaga iman. bye bye semua. Assalamualaikum! 






Tuesday, January 08, 2013

comel. teringat.

January 08, 2013 0
comel. teringat.



pada tarikh kejadian, check phone je nampak ada org whatsapp. sekali tengok, ada gambar-gambar ni. terharu. rajin betul kawan aku yang sorang ni. hahaha. btw, dia suruh pilih salah satu. aku kata aku nak tiga-tiga. haha. thanks domo. akan ku simpan gambar ni :D

Monday, January 07, 2013

no comment

January 07, 2013 0
no comment
aku rasa malas sangat.
 stress sangat.
 fed up sangat.
 banyak sangat kerja. 
awal-awal dah banyak benda nak kena buat.  
haih apa lah nasib. 
the end.



Saturday, January 05, 2013

sudah basi? (new year entry)

January 05, 2013 0
sudah basi? (new year entry)
Assalamualaikum and hello there! 

serasa aku takda lah aku ni lambat sangat nak wish new year dekat korang semua. so, Happy New Year guys! tak basi lagi kan? mihmihmih

sinonim dengan tahun baru, mestilah ada azam baru kan. aku tak sure lah aku ada azam baru ke idok. selalunya berazam bukan main lagi tapi satu pun tak jadi. tapi takpelah. maybe azam aku tahun ni:

i) Nak dapat dekan lagi. In shaa Allah. doakan aku :)
ii) Nak laptop baru. abah janji smart pc.ekekeke
iii) Nak amik lesen kereta. maybe
iv) Nak jadi anak yang baik sentiasa. Syg abah dengan mama!
v) Nak menikah. ehh? haha

nampak gatalkan yang last sekali tu. oke abaikan. yang tu hanya masa yang menentukan. rasanya itu je lah kot azam aku untuk tahun ni. tapi sebenarnya, nampak lebih kepada apa yang aku nak je kan. hahaha. so kita tunggu je lah, tercapai ke tidak hajat aku ni. 

sempena dengan tahun baru ni lah kan, aku rasa jiwa aku pun dah baru lah. aku rasa macam aku dah beralih untuk berminat dengan stuff stuff yang berwarna pink! comel sangat! semalam je aku baru tukar purse aku dari kaler hitam jadi kaler pink! aku repeat. pink! wakakaka. sekarang rasanya dah berminat dengan warna pink,maroon, dan sengakatan dengannya. kaler perempuan gitu. ecehhh. tahun baru kan, semua pun nak baru. nyenyenye

akhir kata, Selamat Tahun Baru. semoga tahun 2013 terlakar dengan perkara yang indah-indah berlaka. jaga diri, jaga hati, jaga iman. bye2