December 2012 - Tasnim Hafidz

Monday, December 31, 2012

30 Disember 2012

December 31, 2012 1
30 Disember 2012
Assalamualaikum w.b.t reader(s) sekalian

"Selamat hari..jadi.."
"Selamat hari...jadi.."
"Selamat hari.... jadi Tasnim.."
"Selamat hari........ jadi........!!" 

Selamat hari jadi untuk diri aku sendiri. hahah. tak boleh blah kan. oke tarikh sebenar semalam, tapi baru hari ni aku mampu menaip setelah memikirkan ayat-ayat yang sepatutnya aku taip 

*sekarang kena berhati-hati sebab kita tak tahu siapa yang baca blog kita kan, hehehe*

19 tahun telah berlalu. bermakna sudah 19 tahun juga aku bernafas, hidup di muka bumi ini. alhamdulillah, syukur. macam-macam yang telah aku lalui sepanjang 19 tahun hidup ni. macam-macam. macam-macam sangat. haha. pertama sekali, terima kasih Ya Allah kerana masih beri aku peluang untuk meneruskan kehidupan di dunia serba indah ini. alhamdulillah. terima kasih mama dan abah, kerana tanpa mereka, siapalah aku. banyak sangat yang mama dan abah dah buat untuk aku. terlalu banyak. tak tahu macam mana nak balas jasa mereka. 

"Ya Allah, jadikanlah aku anak yang sentiasa menggembirakan, menyenangkan hati kedua ibu bapaku. jangan jadikan aku anak yang derhaka Ya Allah. mudah-mudahan mereka sentiasa mendapat keberkatan dari-Mu Ya Allah. berikanlah segala perkara-perkara yang baik kepada mereka Ya Allah, dan jauhkanlah mereka dari segala kejahatan. Ampunilah dosa-dosaku Ya Allah, dan juga dosa kedua ibu bapaku Ya Allah.
 Amin"

itu doa aku. aku harap aku mampu bahagiakan mama dan abah setiap hari. setiap hari Ya Allah. 

dan untuk hari semalam, mama dengan abah hadiahkan aku handbag. haha, handbag tu tak boleh belah. tapi yang tak boleh belah lagi, handbag tu warna pink! thanks mama abah! hahaha

kaler pink gitu. 

terima kasih juga kepada sahabat handai yang sudi wish birthday aku semalam. itu tandanya korang still ingat lagi kat aku. yang tak ingat, takpe. busy lah tu. huhu. ada jugak yang sudi bagi hadiah. terima kasih banyak-banyak. 

pyka,kalau kau baca blog aku ni. terima kasih sudi layan kau yang otak tak berapa center penuh masalah ni. hehe. nasib baik kau ajak aku keluar sabtu tu. ringan sikit rasanya. haha. dapat jugak tengok safee sali secara live. selisih sebelah pulak tu kan. ahahaha. oh ye terima kasih wawan jadi driver kita time tu. ekekeke

pyka kesayangan kita :) lesung pipit dalam tu

setiap kali aku amik gambar jadi buruk cenggini. rasa nak baling je phone tu. 
tapi aku tetap nak masukkan jugak. wawan si driver , abam perasan sharnaz ahmad

land last but not least, terima kasih sebab sudi baca blog kita. terima kasih semua!

jaga diri, jaga hati, jaga iman. Assalamualaikum!







Sunday, December 16, 2012

Tamat Sudah

December 16, 2012 0
Tamat Sudah
Assalamualaikum w.b.t. semua! selamat petang 

Alhamdulillah, selesai sudah modul 4 dan ldk(latihan dalamkumpulan) untuk sem 4 ni. phewww *kesat peluh*
penat kot. dari bawah berlari-lari pulak naik tangga ke tingkat 6. lepas tu turun balik pergi pusat kesihatan. lepas tu naik balik. then barulah kat area bawah je. ohmai, keteq lutut aku. okeh part lari-lari tu tipu je. banyak melenggang jugak lah tadi. rasa macam over kalau lari. last-last semput sesorang. haha

ldk kali ni treasure hunt. not bad lah. takdalah bosan sangat macam ldk yang sebelum ni. dah kalau namanya treasure hunt, so macam explorace. so, pakai pakaian sukan tadi. so, tak formal. so, buat kat luar bilik kuliah. so, tak bosan. so, best jugak. so, penat sikit. so, semput jugak naik tangga. so, tadi nampak dia. so, so..... hey! dari tadi so so, mereng dah aku ni. 

untuk explorace kali ni banyak buat cross puzzle, menyanyi, teka simpulan bahasa and buat something dari bahan terbuang tadi. sekurang-kurangnya ada lah jugak program untuk hujung minggu ni. kalau tak aku mesti mengadap laptop ni and assignment yang ada. ehhh assignment. alamak! ada lagi yang tak siap *stress*

makan pun dah, sekarang ni tinggal nak melepaskan lelah dengan tidur! yeay. kaki pun dah rasa lenguh sebab dari tadi dok berjalan je. haha. tapi sebelum tidur, inilah yang aku buat. update aktiviti hari ni dekat blog shomel shomel kita ni. awwww

 kalau nak berldk lagi, sem depan lah pulak. hamik kau sampai dua program sem depan. satu modul 5 and program finishing school! berldk lah aku sampai lebam sem depan. tapi tapi, sem depan dah last sem aku kat pilah. lepas tu praktikal. semoga semuanya berjalan dengan lancarlah hendaknya nanti. 

ehh banyak pulak aku menaip. oke aku nak berehat dulu ya semua. jaga diri, jaga hati, jaga iman. Asslamualaikum!

Saturday, December 15, 2012

Ingat lagi awak kat saya

December 15, 2012 0
Ingat lagi awak kat saya
Assalamualaikum reader(s)!

peringatan : entri kali ini tentang sayang saya. kalau tak suka mohon tekan butang (X)

yeayyyyyyyyyyyyyyy! terujanya aku hari ni! ini semua sebab, setelah sebulan zam menyepi, last-last dia call jugak hari ni. alhamdulillah, ingat lagi dia kat aku. ingatkan aku ni sudah dilupakan.ialah dengan mesej tak berbalas, call tak dijawab. stress aku cuti sem yang lepas! *jadi hijau*

time cuti sem lah takda halangan nak call puas-puas ke tak pun mesej sampai lebam, tapi yang jadi sebaliknya. tiap-tiap hari dok belek-belek phone mana tau kalau-kalau ada mesej dari zam. tapi hampeh, satu pun takda. dia sakit. tu dia senyap sebulan ni.

aku pun tak harap lebih. just risau sebab tak tau khabar langsung. sekurang-kurangnya bagi lah satu dua mesej bagi tau khabar dia. then tadi, tetiba nampak phone bercahaya dan tertera nama 'Zam' di screen. magad! terkejut aku sebentar. dia bagi salam, aku jawab dengan excited nya! kuat nyah, mau pecah gegendang telinga dia. haha. lebih kurang sejam jugak berbual. tak boleh lama macam dulu-dulu dah. dia sakit. masih kat hospital. kesian dia. setiap minggu bapa kali ntah nak kena cuci darah. harap dia bertahan. 

so far, alhamdulillah. dia sihat sikit. tapi tak boleh jalan lagi. tak kuat. haiyaaa. kesian kat awak. tak tau nak tolong macam mana. kita jauh. kita cuma mampu berdoa agar awak cepat sembuh dan kembali sihat seperti biasa. 

itu saja dari aku buat masa ini. semoga zam cepat sembuh. boleh masuk minang kita nanti. awwww! double gedik gitu. hahah. jaga diri, jaga hati, jaga iman. Assalamualaikum

Friday, December 14, 2012

Tak sangka

December 14, 2012 0
Tak sangka
Assalamualaikum w.b.t reader(s) sekalian.

Tengah-tengah tengok dashboard tadi tetiba nampak satu entri dari satu blog ni. ehh tu blog adik aku lah. aku pun dengan pantasnya open new tab. nak baca lah apa yang dia taip. and perasaan aku lepas baca  blog dia. aku bermonolog sendirian dalam hati,

 "dah besar rupanya adik aku ni. dah matang dah. ini baru satu. belum lagi yang dua orang tu." 

hehe, monolog dalaman oleh seorang kakak. tapi sebenarnya aku rasa adik aku lagi matang dari aku *sigh*
perangai aku ni kekadang mengalahkan budak-budak. tapi dia lain. aku kalau yang dua lagi ajak gaduh, memang aku gaduh. tapi kalau dia, dia rilekk. kekadang rileksss dia tu buat aku sakit hati. erghh! macam takda perasaan. konon cool lah tu

part yang paling aku suka lah kan, bila pergi mana-mana. nanti ada orang tanya. siapa adik, siapa kakak. wakaka. pernah masa kitorang nak beli sandal, akak tu tanya siapa adik,siapa kakak. 

"Sayalah kakak. dia ni adik" kataku sambil melihat ngah try kasut.
"Ohh ingatkan dia kakak, muka dia nampak garang sikit. yang ni(aku) nampak macam adik," kata akak tu. sebenarnya akak tu cakap lain. aku ubahlah. kang aku mention korang kata aku riak. wakakaka

dalam hati aku, yes! yes! aku nampak muda. sukanya. sukanya. haha. kisah lain pulak masa kat kedai mama,

"Engkau ni macam adik(sambil merujuk aku), dia macam kakak(ngah). ni sebab muka kau nampak mcm budak tak matang lagi, dia(ngah) nampak matang," ujar pakcik botak masa ramadan yang lepas.

what?? tak matang?? aku ni gatal nak menikah awal dia kata tak matang. ngah pulak lepastu gelakkan aku sebab pakcik tu kata aku tak matang. mana aci pakcik. hahaha. ada betulnya kot. ada time aku rasa mcm aku matang, ada time aku masuk mood budak-budak. ngah pun fedup nak layan. nyenyenye

time kerja pulak kat kedai mama juga, 

"adik tak sekolah ke? cuti ea?"
"ehh akak, saya tengah cuti sem ni."
"ohh ye ke? U mana? akak ingat sekolah lagi"
"uitm kuala pilah kak" aku berkata sambil tersenyum.

memang muka aku ni muka budak-budak ea? ramai pulak tu yang tegur aku, tak sekolah ke. haha, zaman sekolah kita dah lepas lah. sekarang tengah berjuang nak kejar diploma. lepas diploma, degree pulak. lepas degree kahwin. ehhh, haha

tapi yang pasti, aku lah kakak kepada 3 orang adik yang semangat-semangat. mungkin sebab ngah nampak serius tu orang ingat dia kakak. well, muka aku ni memang ala-ala budak kot.baby face gitu. oke sila muntah hijau. baby face lah sangat. macam zomba adalah dengan lingkaran hitam bawah mata yang tebal ni. ni kalau ngah baca mesti dia booo kan aku. haha, tak kesah. kami jenis muka garang, jarang nak nampak senyum. bukan yang jenis senyum memanjang kan ngah? tapi kalau ada orang senyum, kitorg balas balik. takda lah zalim sangat org tu senyum, then kitorang jeling. takda takda. kalau terbuat,tu bukan dengan niat. mungkin 'ter'. maaf kalau ada yang rasa kami sombong. kami cuma kurang ramah. peace! kat bawah ada gambar, tengoklah. 



inilah ngah, Qurratu Ain nama diberi

Ahmad Aslam. cuba teka dia yang mana? (mestilah yg baju biru,haha)


ni dikna, partner gaduh aku kat rumah. Husna Najihah nama dia.


last but not least, aku.

KAMI SIBLINGS, KAMI TAKKAN TERPISAH. 
Kakak sayang korang *hugs and kisses*

sampai disini saja coretan perasan aku ni. jaga diri, jaga hati, jaga iman. 
Assalamualaikum

Pesanan penaja: Senyum sokmo! haha





Wednesday, December 12, 2012

12.12.12

December 12, 2012 0
12.12.12
Assalamualaikum w.b.t reader(s)!

Aku pun nak juga buat something dengan tarikh 12.12.12 ni. tak ada apa yang menarik pun. hanya sekerat gambar yang dikerat menggunakan snipping tool. muahahaha. dan inilah hasilnya



cepat-cepat aku bukak snipping tool nak kerat benda alah ni bila ternampak je nombor 12 ni. wakakaka. ini je pun. bukan ada apa sangat. haha. yang penting bukan cerita couple bercouple lah pada tarikh hari ni. bak kata Zam, tak payah ingat tarikh tarikh ni. buat susah nak ingat. erhhh! tak sensitif langsung dia tu. keciwaa kita tau.

Selamat malam semua. jaga diri, jaga hati, jaga iman. Assalamualaikum! 



Monday, December 10, 2012

First day

December 10, 2012 0
First day
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera 

Hari ni, hari pertama bermulanya kuliah. hari ni jugak lah aku dapat macam-macam assignment. mind map setiap kali habis satu bab kena buat. nanti mdm nak tengok. mind map tu tak boleh lebih 2 helai kertas bersaiz A4.oh maannn. aku buat mind map kekadang bukan map dah. dah mcm semua note aku amik. haha. lagi satu, aku tak tau nak start dari mana. nota tadi pun sempat salin sikit-sikit.laju bebenor. macam nak pergi race je tukar slide tadi. huaaaaa

dalam kepala dah mula serabut nak kena buat mind map lah, log book for lab manual. haiyaa wa tak suka lah buat log book ni. leceh meh. tapi ada  markah kan, kena kasi buat juga. nanti markah takda, wa pun kena sembur je dengan mengkhinzir buta kang. taknak taknak. wa tak berani nak mencetuskan kemarahan.

ehh dah masuk asar. sampai sini saja dulu. lagi pun pukul 5 nanti ada lagi kelas.solat dulu semua. jaga hati, jaga iman. Assalamualaikum w.b.t  

Friday, December 07, 2012

Alahai, malasnya rasa..

December 07, 2012 0
Alahai, malasnya rasa..
Assalamualaikum w.b.t reader(s) sekalian!

Cara aku bagi salam tu macam mood oke kan tapi sebenarnya aku rasa serabut sangat. yelah serabut lah rasanya sebab ahad nanti dah kena balik Pilah untuk meneruskan pengajian aku yang tertangguh minggu ni sebab lecturer tak ada and ada yang tak masuk lagi. tapi oke lah kan, lepas ni macam tak rajin pulak nak balik johor kan. kecuali time cuti. hehehe

baru je balik pilah hari ahad hari tu and tetiba selasa aku dah kat rumah. and here i am! kat rumah, tengah syok berbaring kat atas katil sambil menaip. tapi apa kan daya, ahad semakin hampir. sekarang je dah jumaat. tinggal sabtu untuk bersuka ria. tapi sabtu kena tolong mama. sebab cik nor takda. oke what, dapat gak aku duit sikit. lepas buat beli tiket dengan makan sehari. hahaha. ehh jap mana duit sepuluh hinggit aku semalam?? *sambil geledah katil cari duit*

oke dah jumpa. simpan dalam purse. nanti ada orang amik. kat rumah ni, siapa jumpa duit bersepah, maka dengan pantasnya duit itu akan jadi kepunyaan siapa yang jumpa tu. muahaha. aku pun pernah buat *jahat* alahai, malasnya nak balik pilah. malas malas malas. malas yang tak terkata. kalau ada kereta sendiri kan best, gerenti aku merayap je nanti. elehhh berangan lebih, lesen pun aku tak amik lagi. haha, terok(s) 

erm cukuplah sampai di sini saja. nak pergi kedai lah. nak melantak semua makanan sebelum balik pilah. oh ye semalam kata macam teringin nak makan goreng pisang. ohhh cik nisah! simpankan kita sikit pisang nipah. nak makan ni. haha. pergi dulu!

xoxo, love tasnim! haha
Assalamualaikum semua!

Monday, December 03, 2012

New semester

December 03, 2012 0
New semester
Assalamualaikum w.b.t
 
yeah! seperti tajuk entri ni. sudah semestinya aku nak bercerita pasal life aku untuk semester baru ni. semester ke-4 aku di UiTM Kuala Pilah. haishh tika dan saat ini aku rasa macam menyesal balik awal-awal kat kolej ni. Ya Allah,bosan yang amat lah bila pergi kelas takda lecturer lagi. lepastu rasa lifeless gila sebab kebosanan tak tau nak buat apa. nak tengok movie, takda pulak movie baru. so aku ni tak ubah seperti gajah didalam kandangnya kat zoo tu. ehhhh
 
aku beli cadar baru woooo. hahahaha, beli cadar baru pun nak cerita kat sini. tak senonoh langsung aku ni. haha. itu je kot yang baru, yang lain biasa je macam 3 sem yang lepas. semester baru ini saya berazam nak buat yang terbaik. tak nak ponteng-ponteng. taknak buat benda yang tak sepatutnya. erm rasanya. tengoklah dulu.hahaha. tapi yang penting, semoga aku dapat ilmu yang diberkati. aminnnnn
 
sampai disini sahaja coretan batinku ini, ehhh. hahaha. selamat malam semua. jaga diri, jaga iman. Assalamualaikum......