November 2012 - Tasnim Hafidz

Friday, November 02, 2012

Agak-agak lah ye

November 02, 2012 2
Agak-agak lah ye

  Assalamualaikum dah salam sejahtera  


Korang pernah tak mengahadapi situasi macam ni

Situasi:
Di suatu kedai makan, sekumpulan student universiti lelaki dan perempuan datang duduk, order makan. kemudian mereka bercerita dan berbual-bual  macam nak bagitau semua orang sambil ketawa KUAT-KUAT. 


Oke itu situasinya. korang pernah kena tak? aku ni baru je tadi. ahh sebelum ni pun pernah je. dorang jugak lah. nak bercerita ke, berbual ke, itu perkara biasa lah. tapi kalau nak gelak kuat kuat kat kedai makan tu. agak agak lah ye abam abam akak akak oi. masalahnya, yang gelak kuat kuat tu yang perempuannya. Ya Allah, bak kata makcik yang ada dengan aku time tu, tu bukan bakal menantu, tu hantu. apa lah gelak kuat kuat. 

aku pun gelak kuat gak, tapi tengok keadaan lah. ni kat kedai makan gelak kuat macam tu, buat ganggu orang lain. cik nor nak potong cucur pun terganggu sampai salah buat. serius kuat. aku buat kerja pun terganggu weyh. rasa macam nak sound, tapi dapat sound dalam hati je. ni je lah kesempatan aku nak mencurahkan kat blog. 

please lah, jangan gelak kuat kuat kat kedai makan. tak senonoh. tak elok orang tengok. buat ganggu orang dan buat orang mengata je. macam aku ni. ehhh? peringatan untuk diri aku sendiri jugak dan orang lain.

salam sayang, Assalamualaikum  

Tak kenal maka tak cinta

November 02, 2012 2
Tak kenal maka tak cinta
Rasa macam nak menaip lagilah. tapi ni sikit je, nak introduce bacteria-bacteria kat gambar bawah ni :)


dari kiri  yang warna biru tu Staphylococcus aureus, hijau Clostriduim perfringens, pink shomel shomel tu Treponema pallidum, merah tu Streptococcus pyogenes, yang warna unggu kurus kurus tu Clostridium difficile and lastly warna hitam ke blueblack ntah tu Yersenia sp. 



Annyeong! Selamat mengenali mereka. hahahaha. byebye. assalamualaikum!

Thursday, November 01, 2012

Menggedik time!

November 01, 2012 0
Menggedik time!
Assalamualaikum!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

hehe, panjang tak salam yg diberi. ehhh jawab salam yang diberi. terutamanya kau linda. entri ni entri gedik aku. nak bagi tau yang aku merajuk dengan kau! pehhhh, aku nak suruh kau tengok header aku tu. shooooommmeeel tak, tapi kau kurang beri layanan. sampai hati. dah tu baru nak minta link blog. pehhhhh lagi aku terharu, rasa macam nak hentak kerusi makan kat rumah aku ni sampai patah. muahahahha

okey paragraph di atas khas untuk linda. yang ni baru khas untuk tatapan umum. ehh?
ohh ye semalam, ehh pagi ni. dengan gagahnya aku bangun awal dan mula membuka lappy tanpa mencuci muka terlebih dahulu. eyuwwwww pengotor lah kau ni *mesti korang cakap macam tu kan, tau dahhh* hahahaha. tak kesah lah, hakikat kebenaran memang begitu. sambung balik. haa pastu aku mula lah tengok tutorial tutorial yang ada pada blog blog yang terkemuka. tapi selalunya aku merujuk pada blog akak ni 


kalau nak apa apa tutorial, boleh lah tengok/rujuk blog dia. banyak jugalah informasi, ilmu, maklumat yang berguna. hehehe. okay sambung balik. pagi tadi dengan kerajinan yang ada, aku mula lah try nak buat header sendiri dengan menggunakan photoshop dan merujuk tutorial yang ada. wahhhhhh teruja aku nyah *matakelipkelip* dan hasilnya..............tengoklah header aku. oke tak? oke tak? hehehe. kalau tak oke pun lantak, yang penting aku suka. and aku baru belajar nak buat. puas hati lah jugak. 

hurm ni je kot untuk hari ni. gedik tak aku?? hahahha. kalau alyaa, mesti dia iakan je. hoho. oke lah, sampai sini sahaja entri untuk malam ini. byebye teman teman *waving*

Assalamualaikum. Good night.