Tasnim Hafidz

Saturday, November 28, 2020

Need Vacation ASAP

November 28, 2020 1
Need Vacation ASAP

 Hello guys!


I am back for a while. Usually kalau aku ada update apa-apa setelah sekian lama tu maksudnya aku stress lah tu. Yes! I'm stress! Rasa tak bermaya je nak kerja sekarang. Rasa malas tu terlalu banyak dari rajinnya. Tapi kalau tak kerja pun stress jugak sebab tak boleh nak kemana sangat! Yihhhhhhhhhh. Conflict of interest. 


I really need a vacation right now! Tapi tengah-tengah pkpb ni. And kes masih ada walaupun naik turun bilangannya. Hmmm. I miss pantai vibe. Tapi sekarang ni tak kisah lah dapat bercuti kat mana pun. Dapat check in hotel 2 malam pun macam best, hahaha. Berendam dalam bath tub dengan bubbles yang banyak. Ahhhh I want that! I need that! Cepatlah sikit bulan February tahun depan. Aku nak bercuti dengan amannya. Sekarang dah boleh cuti lama-lama tanpa perlu fikir kerja. Well, ada hiknah disebalik kejadian and now slowly boleh terima kenyataan. 


Well, gotta go. Tetiba semangat pulak nak pergi kerja. Gonna hustle-hustle kerja keras demi kemaslahatan diri. Kahhhhh! Thank you for your reading. Take care and hope you guys have a nice day


credit: 



Friday, July 03, 2020

Pain Pain Go Away

July 03, 2020 1
Pain Pain Go Away
Asslamualaikum

Hello guys

Welcome back to my blog, herherher

    Apa khabar semua? Lamanya aku tak buka blog ni. Tengok-tengok je dah ada yang baru. Haa entahlah. Busy sangat dengan kerja. Nak mengadap laptop pun dah malas dah. Nak update apa pun tak tau. Tak ada content ataupun rasa macam tak menarik pula untuk di post.

    But actually, aku rasa nak meluahkan something lah kali ni. Siapa yang sampai sekarang ni masih single lagi? Bagi yang berumur 26 tahun ke atas ya. Yang muda tak payah sibuk. Sis bitter. Hahaha.

    Tahun ni dah masuk 27 dah aku. Pejam celik pejam celik dah nak masuk 3 series je lagi beberapa tahun. Ommoooooo rasa tuanya, hahaha. And sampai sekarang status single aku macam tak nak berubah, hmmm. Macam mana ek nak cakap. Ada masa single ni best. Kau tak payah nak serabut kepala fikir pasal orang lain, tapi kadang ada pasangan ni best jugak. Kita ada partner yang nak dengar masalah kita, share benda happy sedih, ada orang concern pasal kita. Tapi itulah, sis single terlalu lama. Dah lupa dah rasa semua tu, hahaha. Kalau ikutkan yang dirancang dulu konon nak kahwin umur 25 ha sampai sudah masih single lagi ye anak-anak sekalian. 

    Orang kata, tak salah perigi nak cari timba. Tapi masalahnya, satu timba pun aku tak jumpa ataupun yang nak kat aku, hahaha. Choii payah oi. Adakah luaran menjadi ukuran? Kalau begitu, memang aku kalah besar lah. Adalah aku suka kat someone ni, ada juga kitorang chat. But for him, aku cuma member je. And to tell him yang aku suka kat dia, rasa macam tak apa lah. Maybe aku je kot yang senang sangat catch feeling kat dia. Tapi apa boleh buat, rasa tu dah datang. Kalau boleh rasa itu aku padam dengan pemadam semudah abc, dah lama aku buat, haha. Haihh kadang sakit rasa bila pendam ni, tapi aku tak nak bila aku luahkan, kitorang jadi stranger. And I think, better aku lupakan je rasa ni sementara masih baru lagi, hahaha 

    The truth is, sakitnya rasa macam ni. Aku tak tau nak buat apa lagi dah. Kenapa aku macam ni? Tak sukanya. Pain pain go away. Let me be happy with my life. I wish I can turn back my life before I meet you. Supaya aku tak rasa sakit begini.

    Harap yang sedang membaca story aku ni, doakan aku cepat dapat jodoh, haha. Sorry lah sebab korang terbaca cerita yang tak best ni. Aku rasa aku selesa luahkan kat sini. Nak cerita dengan orang pun macam malas, diorang pun ada masalah dorang. Apa-apa pun hidup mesti diteruskan, hahaha. So thank you pada yang sudi baca sampai habis luahan hati aku ni, aherherher. Sehingga bertemu lagi.

Yang tengah sendu,
Tasnim


Indeed. Credit:Tumblr


Tuesday, September 03, 2019

Escapism

September 03, 2019 1
Escapism
Assalamualaikum 

Hello guys

Escapismthe tendency to seek distraction and relief from unpleasant realities, especially by seeking entertainment or engaging in fantasy (credit to Dictionary).

Well, i really need this right now! 

Rasa penat sangat dah kerja macam ni. Customer dah start ramai. Nak nak sekarang dah nak dekat hujung tahun. Time public holiday memang barai badan dibuatnya. Belum lagi nanti bila dah start cuti sekolah, I mean boleh bayangkan tak ramainya nanti macam mana. Dengan nak hadap macam-macam perangai customer lagi. Salah dia pun dia kata salah kita nanti. Ahhhhhhh! Aku penat!

Tak sabar nak tunggu time cuti aku nanti. Nak pergi bercuti. Tak kisah lah dalam johor ke luar johor ke. Dapat lepak kat hotel, berendam dalam bath tub dengan bath bomb pun ok. Lepak pantai pun best. Ohh tak sabarnya! Sambil taip ni pun buat aku tak sabar dah nak merehatkan diri. 


credit: keepinspiring.me
Yessssssss! Definitely. Sekian luahan hati dari saya yang stress dengan kerja sekarang.

Sincerely,
Tasnim


the tendency to seek distraction and relief from unpleasant realities, especially by seeking entertainment or engaging in fantasy.


Thursday, July 04, 2019

Rindu Blogging

July 04, 2019 0
Rindu Blogging
Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hi guys

Lamanya tak update blog. Rasa rindu sangat nak blogging. Tapi tu lah, tak ada banyak masa nak menaip. Sekarang dah bulan July. Dah masuk pertengahan tahun dan ini baru update aku yang pertama untuk 2019 ini, kahhhh!

Oh ye baru aku teringat, ini bermakna lagi beberapa hari je nak cukup setahun aku kerja. Aku start kerja masa first August tahun lepas. Wow! Aku sendiri tak percaya yang aku dah kerja nak dekat setahun dah. Dalam kadang-kadang merungut nak berhenti kerja lah, nak cari kerja lain lah, tak larat penat sakit badan apa semua. Tak sangka aku mampu bertahan sampai sekarang ni. Hahaha. 

Well serious talk, jadi cashier untuk retail company yang memang menjadi tumpuan Singaporean memang memenatkan. Sangat-sangat penat. Penat fizikal, mental, emosi, rohani ahhh semua lah. Jerawat kat muka ni jangan cerita lah. Tumit kaki pecah keras semacam ni aku tak tau dah nak buat macam mana. Jenuh dah sapu krim nivea tu. Hahahaha. Doakan aku masih bertahan makan gaji and semoga aku dapat kerja lain yang lebih baik. Eh bukan apa, nak cari pengalaman lain. Kalau boleh biar lah yang kena dengan apa yang aku belajar. Anddddd I LOVE MY JOB! (rolling eyes)

Sekarang kita focus kerja nak kumpul duit untuk diri sendiri and family. Rasanya duit kahwin boleh slow-slow start simpan, cewaaaaaahhh. Jodoh iolls lambat lagi. Mana pergi pun tak tau. ‘Hai awak, kalau tengah baca ni, saya ada je kat sini tengah kumpul duit untuk future kita. Awak pun cepat-cepat lah sikit muncul depan saya, hahahaha.’

Ok sebelum aku merepek lebih jauh, baik kiranya aku tamatkan sampai sini saja. Separuh tahun pertama ni ok lah bagi aku. Takda apa-apa pelik lagi terjadi. Semoga next 6 month ni aku dapat yang manis-manis je. 

Byeeeeee


Thursday, September 06, 2018

Upside Down

September 06, 2018 2
Upside Down
Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hello hello hello guys!

Lamanya rasa tak share something dengan korang semua. So hari ni I nak share yang I dah mula bekerja start 1st August yang lepas. I dapat kerja kat Aeon Bukit Indah as a cashier, hahahaha. Saja je try minta jawatan tu sebab I suka betul dengan duit-duit ni, hehehe. And bila dah kerja, baru kau sedar yang sebenarnya bukan pasal duit je kena fikir, tapi kena deal dengan perangai-perangai customer. Damn, I dah lah loser sikit bab kena deal dengan customer. Stress juga kadang-kadang.

SGT (smile, greet, thank you) ni memang wajib bila layan customer, tapi selalu kalau dah que panjang, buat kerja tu memang serius je lah. Nak habis cepat kan. Tapi takda lah tak senyum langsung, tak say thank you. Selalunya greet je lah terlepas. Nak cepat terus tanya member card ada tak, hahahaha. 

Credit photo: Catherine Vibert
Eh rasa  nak cerita benda lain tadi. Ok lah start kerja awal-awal dulu masuk pukul 9 balik pukul 6. Dah lama sikit masuk pukul 10. Gerak dari rumah kena sejam awal sebab I jenis yang tak suka lambat. Awal-awal life I memang upside down lah, Sebab nak cope dengan jadual baru. Bila dah start OT lagi lah terus takda life. Keluar 10am balik 11pm. Balik makan lepas tu terus tidur. Tak ada masa nak tengok tv nak bergembira. Dengan kawan-kawan lagi lah. Dah sebulan tak jumpa langsung. Last jumpa masa majlis Pyka. Kecuali Linda, dia setia datang melawat I kat kedai.

Overall, walaupun penat, sakit belakang sakit kaki kadang-kadang, I suka je kerja I. Well baru nak cari pengalaman. Umur dah suku abad tapi pengalaman kerja tak ada. Doa-doa lah I dapat kerja dengan baik and kumpul pengalaman banyak-banyak. CUkup setahun, tengok lah nak cari kerja lain ke tak. Ini pun belum tentu I bertahan sampai setahun, haha. Yelah kita cuma merancang tapi Dia yang menentukan.

Semoga I terus gembira dengan kerja I. Thanks for reading guys.

Yang bercuti hari ni,
Tasnim