Ramadan Kali Ini - Tasnim Hafidz

Tuesday, June 16, 2015

Ramadan Kali Ini

Assalamualaikum

Hi

Tahun lepas tak silap aku, merupakan ramadan yang pertama kali aku sambut penuh bersama keluarga. Syoknya! Kalau tak, sebelum ni sambut puasa kat asrama. Memang selalu miss first ramadan. Tak dapat sambut dengan keluarga. Ada pun sekali dua lah kot. Tak ingat. Sayu je rasa kalau tak dapat sambut awal puasa dengan mereka. 

And first time lah jugak mama suruh buat kuih raya. Tudiaa, dah lama kot rumah ni tak buat kuih raya. Tempah je selalu. Sampai mixer pun tak tau kat mana, mama siap boleh beli baru. Mama teruja. Aku pun teruja sebab selain buat kuih raya, dapat tolong mama berniaga kat bazar ramadan. Dugaan niaga kat bazar. Macam macam ada, hehe

source: Google

So, tahun ni sambut puasa dengan kawan-kawan je. Nangis tepi bucu katil. Tak dapat balik rumah. Lepas tu final exam time puasa pulak tu. Ya Allah, dugaan sungguh bulan ramadan kali ni. Sahur kena masak sendiri. Itu kalau bangun masak. Kalau tak, minum ayaq kosong je lah dengan makan kurma. Eceh macam makan kurma je aku ni. Haha

Apa-apa pun. Ahlan wasahlan Ya Ramadan. Semoga ramadan kali ini membawa seribu rahmat dan keberkatan kepada kita semua.

Yang ada final exam time puasa,
Tasnim




No comments:

Post a Comment